Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perkataan kripto sudah berjaya mendapat perhatian ramai sejak tahun lalu lagi oleh kerana peningkatan nilai pelbagai kriptowang menerusinya. Walaupun perkataan ini masih disebut oleh netizen seantero dunia sehingga hari ini, terdapat perkataan baharu yang lebih sensasi iaitu NFT.

Collin Dictionary selaku penerbit utama kandungan berkaitan pendidikan yang berusia lebih 200 tahun ini telah menobatkan NFT sebagai Word Of The Year pada tahun ini. Dalam erti kata lain, perkataan NFT sudah menjadi sangat popular di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Perkataan kripto pula dilihat menduduki tempat ke-4 dalam carta WOTY.

Sumber Gambar: Collins Dictionary

Menurut Collins, perkataan NFT telah menyaksikan peningkatan populariti yang cukup besar dengan penggunaan sehingga 11,000% pada tahun 2021. Collins juga memilih perkataan tersebut kerana berjaya menembusi isu pandemik yang hangat diperkatakan pada tahun ini. Penggunaan perkataan NFT yang begitu luar biasa sekaligus berjaya mendapat gelaran tersebut.

Anda sendiri boleh melihat NFT telah digunakan secara meluas pada hari ini dari bahagian seni sehingga ke halaman kewangan, kemudian di rumah lelongan dan merentasi platform media sosial pula. Di samping itu, NFT turut menjadi perbualan di seluruh dunia yang menjadikannya sangat jelas ia sebagai perkataan paling popular tahun ini.

Salah satu karya NFT yang sedang trending ketika ini. Sumber Gambar: NFT Hours

Boleh dikatakan pada setiap hari pasti terdapat berita yang dilaporkan berkaitan NFT sekaligus membuatkan orang ramai berminat untuk mengetahui perkembangan semasa karya-karya yang boleh dibeli untuk dijadikan pelaburan. Perkataan NFT dijangka bakal menjadi sebutan sehingga tahun 2022 sekiranya terdapat pelbagai berita gempar daripadanya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan karya NFT, terdapat 6 platform jual beli NFT terbaik untuk anda cuba pada  tahun 2021.

6 Platform Jual Beli NFT Terbaik Untuk Anda Cuba Pada Tahun 2021

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group