Dalam mendapatkan sebuah peranti audio, sudah pastinya memilih jenama yang dipercayai antara yang menjadi keutamaan. Hal ini kerana sesebuah jenama yang hebat memberi keyakinan daripada pengguna baik dari segi kualiti audio yang ditawarkan serta ketahanan sesebuah produk.

Berbincang mengenai jenama yang dipercayai, sudah pastinya jenama Creative yang sudah hampir tiga dekad menawarkan peranti elektronik audio antara yang diingati ramai.

Terbaharu, jenama ini tampil pula dengan menawarkan dua produk yang bukan sahaja memfokuskan kepada kualiti audio malah memberi penggayaan serta sarat dengan pelbagai teknologi yang pastinya memberi kepuasan buat para pengguna.

Model yang diperkenalkan pada kali ini adalah Creative Outlier Pro, sebuah TWS kalis peluh dan juga Creative Zen Hybrid, headphone penuh gaya dengan sokongan Active Noise Cancelling (ANC). Ayuh ketahui lebih lanjut mengapa dua model ini dilihat sebagai produk yang unik serta menjadi pilihan pengguna khususnya buat peminat audio.

Creative Outlier Pro

Dari segi rekaan, Creative Outlier Pro menampilkan rekaan yang moden dan minimalis bersesuaian dengan citarasa pengguna pada masa kini. Model yang tampil tampa wayar ini beserta fungsi sweatproof atau anti peluh sekaligus membuatkan model sesuai untuk digunakan sewaktu bersukan.

Menariknya, mengenai model ini, Creative Outlier Pro turut menawarkan teknologi Active Noise Cancellation (ANC) yang membolehkan model ini menepis bunyi luar serta serta menawarkan kualiti audio terbaik menerusinya buat para pengguna.

Oh ya, buat anda yang kerap menyertai meeting secara dalam talian, model ini mungkin menjadi pilihan berikutan penawaran sehingga 6 mikrofon dalam memastikan suara pengguna dapat didengari dengan jelas. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, Creative Outlier Pro turut sarat dengan pelbagai teknologi lain seperti sokongan Bluetooth 5.2 yang memastikan sambungan pengguna sentiasa berada dalam keadaan yang lancar.

Mengulas mengenai bateri, model ini menyokong pengecasan tanpa wayar di mana pengguna hanya perlu letakkan model ini di atas dock dan model ini akan terus dicas.

Sebagai rekod, model ini memerlukan pengecasan selama 15 jam untuk 60 jam penggunaan manakala pengecasan selama 2 jam cuma memerlukan 10 minit pengecasan. Pada pendapat kami, pengecasan yang ditawarkan pada model ini adalah sangat berbaloi dengan jumlah masa penggunaan yang ditawarkan.

Creative Zen Hybrid

Creative Zen Hybrid selaku headphone terbaru daripada jenama ini tidak kurang hebatnya dalam menawarkan beberapa teknologi terbaru buat para pengguna. Antara yang menjadi sebutan bagi model ini sudah pastinya penawaran Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) yang mampu menapis sehingga 95% bunyi luar.

Rekaan yang minimalis beserta penggunaan earpads daripada kulit membolehkan model ini mudah untuk dilipat dan disimpan sekaligus tampil lebih premium. Dalam pada itu, siapa sangka model ini masih mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 37 jam. Selain itu, sambungan 3.5mm AUX-in antara yang turut ditawarkan pada model ini.

Menariknya, dalam usaha untuk memastikan model ini menawarkan kualiti audio yang terbaik, Creative Zen Hybrid turut dilengkapkan dengan teknologi Super X-Fi yang memastikan bunyi audio yang dikeluarkan pada model ini seolah hadir daripada pelbagai sudut berbeza menerusi teknologi AI.

Buat anda yang kerap menggunakan fungsi voice command, model ini pastinya sesuai buat anda kerana turut dilengkapi dengan Google Assistant dan Siri.

Harga

Mengulas mengenai harga, Creative Outlier Pro sedia ditawarkan pada harga sekitarRM298 sahaja. Sebuah harga yang berbaloi buat model TWS yang dilengkapi dengan teknologi ANC serta sarat dengan teknologi. Pengguna yang mahu mendapatkan model serba lengkap boleh mendapatkannya dengan klik di sini.

Creative Zen Hybrid pula sedia ditawarkan pada harga sekitar RM430 sahaja. Dilengkapi dengan teknologi Hybrid ANC, Super X-Fi dan pelbagai lagi membuatkan model ini sangat berbaloi untuk didapatkan. Anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.

Sekiranya anda pengguna yang mahu mendapatkan peranti elektronik audio yang mampu milik, penuh gaya dan dilengkapi teknologi terbaru, Creative Outlier Pro dan Creative Zen Hybrid adalah jawapannya. Pastinya sangat dengan jumlah yang dilaburkan buat model pilihan anda.

Tular pada minggu lalu apabila YouTuber terkenal iaitu Jake Pual dilaporkan ‘jatuh miskin’ selepas rugi RM176 juta berikutan melabur kesemua wangnya dalam kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh