Tidak dapat disangkal lagi kehadiran dompet digital dapat memudahkan pelbagai urusan seharian untuk membuat transaksi pembayaran. Dalam masa yang sama, terdapat potensi ia boleh digodam oleh penjenayah siber yang mahir dengan selok belok teknologi pada hari ini oleh kerana semua data boleh diakses dalam talian.

Terbaharu, dilaporkan hampir 50 guru di lapan buah sekolah sekitar Lembah Klang telah mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet. Dalam sidang media anjuran DAP, seorang daripada mangsa mendakwa mengalami kerugian hampir RM3,000 melalui tiga transaksi yang dibuat dalam tempoh tiga minit sahaja pada 19 Januari lalu.

Sumber Gambar: Malaysia Trend

Lebih memburukkan keadaan, sebahagian daripada mereka juga telah mengaktifkanfungsi auto-reload yang dipautkan ke akaun bank mereka. Berdasarkan screenshot yang dikongsikan oleh salah seorang mangsa, terdapat beberapa jumlah transaksi yang bernilai RM300 telah dibuat oleh suspek.

Di samping itu, mangsa yang terlibat juga menuntut pihak Touch ‘n Go untuk menjelaskan bagaimana penggodam boleh berbuat sejumlah transaksi sedemikian tanpa kebenaran mereka. Malah, ada mangsa yang meminta syarikat tersebut bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dan meningkatkan sistem keselamatan pengguna.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Dalam masa yang sama, Ketua Biro Aduan DAP Wilayah, Yew Jia Haur meminta mereka yang menjadi mangsa penipuan untuk tampil membuat laporan polis dalam mendapatkan tindakan selanjutnya. Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak meletakkan nombor kad pengenalan atau tarikh lahir sebagai nombor pin yang memudahkan akaun bank digodam.

Selain itu, anda juga diingatkan untuk memuat turun aplikasi yang sah daripada Google Play Store atau App Store. Hal ini kerana fail berasaskan APK yang dimuat turun daripada pihak ketiga mempunyai potensi virus atau rentetan yang disertakan bersama untuk mengambil informasi anda secara diam-diam.

Sebelum ini juga, terdapat sebuah kes di Singapura melaporkan sejumlah wang dibelanjakan oleh anak mangsa untuk membeli barangan maya di dalam permainan Genshin Impact.

Angkara Genshin Impact, Seorang Bapa Terpaksa Tanggung Kerugian Melebihi RM60,000

Jenayah Penipuan Kriptowang Mengakibatkan Kerugian Mencecah RM58.82 Billion Sepanjang Tahun 2021

Sumber