Kriptowang kini dianggap sebagai satu alat pelaburan alaf baharu yang membuatkan ramai ingin mendapatkannya walaupun mempunyai risiko aliran yang tinggi. Dengan perkembangan kriptowang yang positif, penjenayah siber juga dilihat giat mengintai peluang untuk mencuri kriptwang daripada mangsanya.

Menerusi tinjauan penyelidikan firma Chainalysis sepanjang 2021 telah memperlihatkan peningkatan jenayah penipuan kriptowang yang telah membawa kerugian sebanyak $14 billion (~RM58.82 billion) mengikut kadar pertukaran semasa. Jumlah kerugian sebegitu besar yang direkod ini merupakan paras tertinggi untuk tahun 2021.

Sumber Gambar: Onmanorama

Setakat ini, kes jenayah yang terlibat adalah dikaitkan dengan penerimaan kripto menerusi dompet digital yang berhubung bersama penipuan, godaman dan juga pasaran gelap telah melonjak sebanyak 80% berbanding tahun sebelumnya.

Situasi ini mempamerkan lima kali ganda pada aliran jenayah. Selain itu, kegiatan penipuan di platform DeFi juga dilihat semakin meningkat di mana pihak pembangun menyediakan peluang pelaburan palsu sebelum menghilangkan diri bersama wang pelaburan peserta berkenaan.

Kes-kes jenayah siber berkaitan kriptowang yang timbul ini boleh memberi kesan negatif kepada reputasinya oleh kerana tidak mempunyai kredibiliti dalam menjaga wang digital milik pelanggan. Malah, perkara ini meningkatkan lagi kegusaran pihak autoriti dalam mengiktiraf kriptowang sebagai salah satu pilihan transaksi di sesebuah negara.

Pada Disember lalu, sebuah platform dagangan kriptowang berjaya digodam oleh penjenayah yang menyebabkan kerugian mencecah RM846 juta.

Platform Dagangan Kriptowang BitMart Digodam Dengan Jumlah Kerugian Mencecah RM846 Juta

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

Sumber