Lonjakan populariti dunia kripto pada hari ini nampaknya telah menarik minat orang ramai termasuklah penjenayah siber yang mahu mengambil peluang mendapatkan kriptowang para pelabur.

Terbaharu, terdapat sebuah laporan mengenai platform dagangan kriptowang, BitMart yang mengalami kerugian hampir $200 juta (~RM846 juta) setelah hot wallet yang dikendalikan melalui rantaian blok Ethereum dan Binance Smart Chain (BSC) telah digodam.

Sumber Gambar: Cryptelecious

Penggodaman BitMart bernilai RM846 juta telah didedahkan pertama kalinya oleh sebuah syarikat keselamatan blockchain dan analisis data di mana mereka mengenal pasti pemindahan kira-kira $100 juta (~RM422 juta) menerusi rantaian blok Ethereum.

Dikatakan pengodam berjaya melarikan gabungan lebih daripada 20 jenis token yang terdiri dariapda kriptowang Binance Coin, SafeMoon, BNBPay, dan BSC-USD. Terdapat juga sebahagian besar meme coin seperti Baby Doge, Floki dan Moonshot yang turut terjejas ekoran pengodaman tersebut.

Sumber Gambar: Investment U

Lanjutan daripada laporan tersebut juga, Ketua Pengawai Eksekutif BitMart, Sheldon Xia yang kemudiannya mengesahkan melalui platform Twitter bahawa ini merupakan pelanggaran keselamatan berskala besar terhadap hot wallets yang merangkumi Ethereum dan BSC.

Pada masa ini masih belum diketahui kaedah yang digunakan oleh penggodam dalam siri serangan terbaru ini. Difahamkan penggodam berjaya membawa keluar aset yang bernilai kira-kira $150 juta (~RM633.6 juta). Sementara itu, terdapat juga laporan serangan lain di platform pinjaman kriptowang Celsius yang mengalami kerugian sebanyak $50 juta (~RM211.2 juta).

Sumber Gambar: Forbes

Laporan tersebut memaklumkan bahawa ini merupakan kes pertama mengenai pelanggaran keselamatan BadgerDAO muncul pada khamis lalu dengan menerima beberapa pengeluaran dana yang keluar tanpa kebenaran pengguna pada hari sebelum itu.

Nampaknya sistem blockchain juga sudah mula menjadi sasaran penjenayah walaupun dikatakan sebelum ini sistem blockchain lebih terjamin selamat menerusinya. Pengguna diingatkan untuk berwaspada di dalam talian kerana terdapat pelbagai perangkap yang dipasang oleh penjenayah siber.

Selain itu, terdapat sejenis kriptowang bernama Omicron berjaya melonjak naik nilainya selepas didapati berkongsi nama yang sama dengan varian COVID-19.

Berkongsi Nama Dengan Varian COVID-19, Harga Kriptowang Omicron Berjaya Melonjak 800%

Kriptowang Shiba Inu Berjaya Cipta Rekod Dengan Mengumpul Seramai 1 Juta Pemegang