Sudah menjadi salah satu sebab utama orang ramai memilih produk keluaran Apple iaitu Mac kerana sistem perisiannya yang lebih selamat dan mudah untuk digunakan selain daripada rekaannya yang lebih menarik.
Walau bagaimanapun, alasan ini mungkin tidak lagi boleh digunakan melihat kepada laporan terbaru yang dikogsikan oleh State of Malware. Siapa sangka buat pertama kalinya produk Mac lebih mudah terdedah kepada serangan malware berbanding sistem operasi Windows sepanjang sejarah.
Lebih mengejutkan, serangan malware pada Mac dilaporkan meningkatkan sebanyak 400% pada tahun 2019 berbanding pada 2018.
Secara purata pengguna Mac berpeluang menjadi mangsa ancaman malware sebanyak 11 kali berbanding cuma 5.8 kali pada Windows. Laporan ini sekaligus memberi tamparan hebat buat Mac sekaligus sebagai peringatan buat pengguna Mac untuk tidak terlalu selesa dengan sekuriti sistem Mac.
Berikut kami kongsikan antara malware popular yang sering menjadi ancaman buat pengguna Mac terdiri daripada backdoors, cryptominers, dan spyware.
Untuk pengetahuan, kehadiran malware ini berpeluang mengeksploitasi sistem fail MacOS pengguna. Bagi mengelakkan Mac anda daripada serangan malware, pastikan anda sering mengemas kini Mac anda dalam menawarkan sistem sekuriti yang lebih baik serta terlindung daripada sebarang serangan malware.
Apple pada Disember lalu telah memperkenalkan Mac Pro dimana spesifikasi tertinggi sedia untuk didapatkan dengan harga sekitar RM218,974. Apple juga turut disaman baru-baru ini oleh sebuah firma dari Perancis.
https://www.thevocket.com/apple-mac-pro-dengan-spesifikasi-tertinggi-sedia-untuk-dimiliki-dengan-harga-rm218974/
https://www.thevocket.com/apple-sekali-lagi-disaman-kerana-sengaja-memperlahankan-iphone/