Permainan Pokemon Go telah menjadi sensasi di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2016 dan berjaya merekodkan jumlah muat turun yang cukup besar daripada pengguna. Permainan ini menawarkan kaedah permainan intergrasi dunia realiti dan maya sekaligus memberikan pengalaman yang baharu.

Nampaknya, syarikat Niantic dilihat mahu mengambil peluang untuk menawarkan permainan seumpamanya dengan berelemenkan kripto yang kini menjadi bualan ramai. Pihak Niantic telah berkerjasama dengan syarikat debit kad kripto, Fold di mana para pemain boleh menerima ganjaran berupa Bitcoin apabila dimainkan.

Sumber Gambar: The Verge

Permainan terbaharu yang dikenali sebagai Fold AR ini hadir dengan konsep seakan Pokemon GO di mana pengguna berpeluang memecahkan kiub kod binari dalam memperoleh ganjaran kriptowang. Apabila anda mendapat Bitcoin, ia merupakan sebuah unit kecil yang dipanggil Satoshi dengan nilai 0.00000001 BTC atau sekitar RM0.0024.

Setiap Bitcoin yang diletakkan di serata dunia dilaporkan akan muncul pada setiap 10 minit yang boleh dikumpul pemain. Tujuan utama permainan ini diperkenalkan adalah bagi memberikan pengalaman seperti memegang Bitcoin sebenar. Malah, ia juga dilihat boleh dijadikan sebagai utiliti pembelajaran berkaitan Blockchain dan kriptowang.

Sumber Gambar: Fold Blog

Pada awal tahun hadapan, Fold dilaporkan mahu melancarkan beberapa ciri lain yang membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain lain serta beberapa penambahan bentuk sistem token NFT. Permainan ini sudah boleh diakses menerusi aplikasi Fold namun masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia setakat ini.

Sementara itu, syarikat Niantic juga bakal melancarkan platform digelar sebagai Lightship yang membolehkan pembinaan metaverse dengan mudah.

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship

Meta Bakal Membawakan Permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya

Sumber