Grand Theft Auto: San Andreas merupakan permainan terkemuka dan menjadi pilihan para gamer di luar sana. Permainan ini sering mendapat permintaan daripada peminat untuk mendapatkan versi remastered untuk siri tersebut. Kini siapa sangka Meta bakal membawa berita baik buat peminat siri permainan ini menerusi pengumuman terbarunya?

Menurut Mark Zuckerberg, mereka sedang membangunkan permainan GTA San Andreas versi realiti maya menerusi platform Oculus Quest 2. Versi realiti maya ini bakal memberi pengalaman yang cukup berbeza buat pemain dengan kebolehan menerokai dunia permainan tersebut daripada pandangan pertama dan boleh bergerak dengan bebas seperti di dunia sebenar.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut yang dikongsi tentang projek terbaharu ini. Terdapat kemungkinan ia bukan hanya terhad buat pengguna Oculus Quest 2 semata-mata, malah bakal ditawarkan secara meluas kepada pelbagai peranti realiti maya lain kelak. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut yang bakal dikongsi oleh pihak pembangun kelak.

 

Selain itu, Meta sebelum ini sudah melancarkan Horizon Workrooms di mana pengguna boleh membuat pembentangan di duniameta dengan lebih interaktif.

Facebook Lancar Horizon Workrooms, Tempat Mesyuarat Maya Yang Nampak Lebih ‘Real’

Facebook Dijenamakan Sebagai Meta, Sedia Bawa Hala Tuju Memfokuskan ‘Metaverse’

Sumber