Bulan lalu telah menyaksikan Samsung melancarkan dua model penuh gaya dan inovasi menerusi siri Galaxy Z iaitu Flip3 5G dan Fold3 5G. Kedua-dua model ini hadir kelebihan masing-masing dalam menawarkan lebih banyak pilihan buat para pengguna dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar.

Model yang dilancarkan pada kali ini berjaya membuatkan orang ramai lebih teruja untuk mendapatkannya menerusi penawaran harga yang kompetitif berdasarkan inovasi yang ditawarkan.

Kami juga tidak melepaskan peluang dalam mencuba model terbaru Samsung ini iaitu Galaxy Z Flip3 5G bagi mengetahui lebih lanjut sejauh manakah model terbaru Samsung ini sesuai digunakan sebagai kegunaan seharian. Berikut merupakan ulasan ringkas kami mengenai model ini.

Seperti siri Samsung Galaxy S21, model yang ditawarkan Samsung pada kali ini ditawarkan dengan rekaan kotak yang lebih nipis. Hal ini berikutan ketiadaan palam pengecas atau charger di mana Samsung memilih untuk tidak menawarkannya sebagai sebuah langkah untuk menjaga alam sekitar.

Dari segi rekaan kotak, Samsung memilih untuk mengenakan warna hitam dan diadunkan bersama tulisan ‘Z’ yang berkilau membuatkan kotak ini tampil minimal namun kekal premium. Penawaran rangkaian 5G pada model ini secara tidak langsung memberi jaminan model ini kekal releven untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Rekaan Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Buka sahaja daripada kotak, perkara yang pastinya dicuba sudah pastinya proses membuka dan menutup model ini. Berdasarkan percubaan kami, proses membuka dan menutup model ini agak kukuh dan keras.

Dalam erti kata lain, tidak mudah buat anda untuk membuka model ini secara penuh dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Rekaannya yang kompak sememangnya sangat selesa untuk dipegang dan disertakan dalam poket dimana saiznya tidak terlalu tebal meskipun dalam keadaan tertutup.

Spesifikasi yang berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang

Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED 2X 120Hz. Penawaran skrin kecil 1.9-inci pada bahagian hadapan model sewaktu ditutup sememangnya sangat membantu dalam menyemak waktu, cuaca dan juga notifikasi.

Samsung juga turut memberi peluang kepada pengguna untuk mengubah suai skrin bahagian hadapan dalam menyertakan gambar atau shortcut yang dimahukan dalam memudahkan pengguna.

Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 888 beserta 8GB RAM dan 128/256GB ruang storan. Kamera utama dan kedua Flip3 5G ditawarkan dengan sensor 12 megapixel manakala kamera swafoto model ini ditawarkan dengan sensor 10-megapixel.

Untuk pengetahuan, terdapat empat warna yang ditawarkan buat pasaran Malaysia iaitu Phantom Black, Cream, Green dan Lavender. Samsung Galaxy Z Flip3 5G sedia untuk didapatkan melalui pra-tempah melalui Samsung Malaysia dengan harga bermula daripada RM3,999.

Nantikan juga review penuh daripada kami untuk Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Pada pandangan awal kami, Samsung dilihat bukan sahaja sekadar menghasilkan peranti yang boleh lipat namun turut menawarkan beberapa fungsi menarik yang eksklusif buat model ini.

Ikuti juga review penuh kami mengenai Samsung Galaxy S21 Ultra yang merupakan antara telefon pintar terbaik di sehingga kini.

https://www.thevocket.com/samsung-galaxy-s21-ultra/

Samsung Malaysia Tawarkan Galaxy Z Flip3 Secara Rasmi Pada Harga RM3,999