Sejak Bitcoin menjadi sebutan global, ramai yang berminat untuk menceburi bidang perlombongan kriptowang. Namun hakikatnya, tidak ramai yang mengambil kira akan kos operasi yang tinggi sekaligus mengambil jalan mudah dengan mencuri elektrik secara haram.

Baru-baru ini, seorang pakar perubatan Rusia bakal berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun selepas pihak berkuasa berjaya mengesan kegiatan haramnya di sebuah fasiliti wad hospital.

Sumber Gambar: PBS New Hour

Suspek didakwa bersalah kerana menjalankan perlombongan kriptowang secara haram di fasiliti yang direka khas untuk merawat pesakit COVID-19. Berdasarkan laporan, suspek telah mulai kegiatan melombong kriptowang pada Februari 2021 dan berjaya menyambungkan peralatan melombong pada pelayan hospital.

Selepas keperluan ventilator dan beberapa peralatan lain sudah semakin berkurangan, wad tersebut sudah jarang digunakan yang mana suspek pun mengambil peluang untuk melombong kriptowang secara haram. Beberapa pihak berkuasa di negara itu telah pun berkerjasama untuk memberkas suspek dan mencari bahan bukti.

Sumber Gambar: Techstory

Bukti yang berjaya dikumpulkan dari beberapa sumber mendapati suspek sudah menggunakan elektrik hospital secara haram selama setahun dan didakwa telah menyebabkan kerosakan peralatan yang berjumlah sekitar $6,800 (~RM30,504).

Oleh itu, penyiasat memutuskan untuk mendakwa individu tersebut berdasarkan bukti yang mereka kumpulkan. Rusia sama sekali tidak mengharamkan aktiviti pelombongan kriptowang namun sebarang kes kecurian elektrik bakal dipandang serius oleh pihak berkuasa di sana.

Di Malaysia sahaja, PDRM mendedahkan nilai kecurian elektrik untuk memelombong kripto meningkat 45 kali ganda pada tahun 2021.

PDRM Dedah Nilai Kecurian Elektrik Bagi Melombong Kripto Melonjak 45 Kali Ganda Sepanjang 2021

Angkara ‘Crypto Crash’, Pelombong Bitcoin Terbesar Amerika Syarikat Rugi Lebih RM4.46 Bilion