Kriptowang sering dikaitkan dengan pelaburan lumayan namun kelihatannya seperti tidak itu lagi. Sejak kejatuhan nilai kriptowang dalam beberapa suku tahun lalu, ramai pelombong sudah beralih ke arah alternatif pelaburan lain.

Terkini, sebanyak tiga buah syarikat pelombong Bitcoin terbesar Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kerugian lebih daripada $1 bilion (~RM4.46 bilion) dalam laporan pendapatan suku tahunan baru-baru ini. Core Scientific merupakan syarikat yang paling teruk terjejas dengan jumlah kerugian sebanyak RM1.6 bilion.

Sumber Gambar: Tommorowmakers

Hal ini berlaku ekoran kejatuhan kriptowang yang teruk sejak beberapa suku kebelakangan ini. Perkara ini bertambah kritikal apabila mereka terpaksa menjual lebih banyak kriptowang yang dimiliki untuk membayar hutang dan menampung kos operasi dari suku ke-2 hingga suku ke-3.

Mereka mahu terus melangsungkan hidup dan berharap pasaran kriptowang akan stabil seperti sedia kala. Malah, penganalisa mendapati pelombong berkenaan telah menjual sejumlah kriptowang dengan skala yang besar sementara hanya mampu melombong kriptowang pada jumlah yang terhad.

Boleh dikatakan sebahagian besar syarikat pelombong mengambil pinjaman dan menjual kriptowang untuk memastikan mereka boleh bertahan untuk jangka masa panjang. Kejatuhan kriptowang bukan sahaja menjejaskan pelombongnya, malahan membantutkan lagi aktiviti perdagangan arena tersebut sekaligus.

Pada bulan lalu, Tesla dilaporkan telah menjual 75% pegangan Bitcoin pada harga mencecah Rm4.17 bilion.

Tesla Dilaporkan Jual 75% Pegangan Bitcoin Pada Harga Mencecah RM4.17 Bilion

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk