Karya NFT Ghozali Everyday menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini oleh para netizen di seluruh dunia. Malah, Ghozali sendiri telah menerima sejumlah jeputan daripada rancangan terkemuka di negara itu. Hal ini bagaimanapun menarik minat ramai orang akan hukum penjualan NFT tersebut berdasarkan pandangan agama Islam.

Dalam merungkai perkara tersebut, Pakar Ekonomi Syariah Unair, Dr Imron Mawardi menyebut bahawa NFT boleh dijual beli dan sah di sisi Islam. Hal ini kerana berpandukan fatwa MUI yang membolehkan kriptowang dengan ciri underlying asset serta manfaat yang jelas. Sebaliknya pula, jika tidak memenuhi syarat sil’ah maka dilarang sama sekali.

Sumber Gambar: OpenSea

Selain itu, nilai jual NFT tercipta dengan keunikan dalam suatu karya. Maka, tidak peliklah sekiranya ada segelintir individu yang sanggup membelanjakan sejumlah wang besar untuk mendapatakan karya digital itu. NFT diakui memiliki pelbagai kelebihan namun masih melihat adakah aset digital tersebut bersesuaian dengan syariat atau sebaliknya.

Menerut Dr Imron lagi, para pengguna juga perlu berhati-hati dalam mendapatkan sesebuah karya digital kerana sebahagiannya hanya dimanipulasi oleh pasaran sehingga menyebabkan harga naik mendadak. Selain itu, NFT boleh dijadikan sebagai instrumen pelaburan sekiranya anda mempunyai ilmu yang mendalam mengenai dunia NFT ini.

Ketahui juga hukum membeli Android Box yang diubah suai untuk mengakses siaran atau konten berbayar menurut mufti WP dengan klik pautan di bawah.

Hukum Membeli Android Box Untuk Mengakses Siaran Berbayar Adalah Haram Menurut Mufti WP

Kerajaan Tidak Mengiktiraf Kriptowang Sebagai Matawang Yang Sah Diperlakukan Di Malaysia

Sumber