Pemuda bernama Sultan Gustav Al Ghozali atau lebih dikenali sebagai Ghozali Everyday berjaya menggegarkan dunia NFT setelah meraih keuntungan jutaan ringgit daripada penjualan NFT beliau. Hal ini sekaligus menarik perhatian orang ramai termasuklah pihak autoriti di negara tersebut.

Terbaharu, beliau sendiri telah mengumumkan sedia membayar cukai hasil daripada jualan NFT tersebut kepada Jeneral Direktorat Cukai atau dikenali sebagai Dtijen Pajak. Hal ini terjadi selepas Dtijen Pajak telah memuat naik ciapan akan ucapan tahniah kepada beliau serta menyindir dengan meletakkan pautan untuk mencipta akaun percukaian untuk dirinya.

Sumber Gambar: iNews.id

Beliau bagaimanapun memang sudah bersedia untuk berbuat sedemikian dan sangat berbesar hati untuk membuat pembayaran cukai dari penjualan NFT beliau yang popular. Malahan, beliau juga menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama dalam hidupnya dalam melaksanakan kewajiban pembayaran cukai sebagai rakyat yang baik.

Kini beliau pun sudah mengunjungi jabatan tersebut dan bergambar bersama pekerja-pekerja di sana sewaktu membuat pembayaran cukai itu. Malahan, dengan pembayaran cukai ini juga boleh meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Tahukah anda bahawa koleksi NFT Ghozali berjaya meraih hasil jualan mencecah RM4.3 juta sebelum ini yang mana menjadi buah mulut seluruh dunia?

Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta

Selepas Berjaya Menjadi Fenomena, Kini Giliran Ibu Ghozali Pula Menyertai Dunia NFT

Sumber