NVIDIA baru sahaja mengumumkan kehadiran dua kad grafik berprestasi tinggi iaitu GeForce RTX 4080 dan GeForce RTX 4090. Kad grafik GeForce RTX 4000 series sememangnya dinantikan oleh peminat PC rig di luar sana.

Kedua-dua kad grafik ini bakal menjanjikan pretasi terbaik dengan teknologi lebih canggih untuk menjalankan program yang lebih rumit serta boleh memproses objek 3D dengan baik. Mari kita lihat spesifikasi kedua-dua kad grafik yang baharu diperkenalkan secara ringkas.

1. GeForce RTX 4080

Sumber Gambar: NVIDIA

GeForce RTX 4080 ini hadir dengan dua varian yang mana menggunakan GPU baharu yang berasaskan reka bentuk baharu Ada Lovelace TSMC 4nm. GPU baharu ini menampilkan teras RT generasi ketiga, teras Tensor generasi keempat dan menyokong ciri baharu seperti DLSS 3 dan enkoder AV1.

Untuk varian premium, ia akan dilengkapi dengan 16GB Micron GDDR6X dan 9,728 teras CUDA miliki prestasi dua kali ganda lebih berkuasa berbanding model kad grafik GeForce RTX 3080 Ti. Malah ia lebih berkuasa dan hampir 10% lebih jimat tenaga berbanding GeForce RTX 3090 Ti pada kuasa rendah.

Sumber Gambar: NVIDIA

Manakala varian yang kedua pula menampilkan memori memori GDDR6X 12GB serta mempunyai teras CUDA 7680 dengan klok dipertingkatkan 2.61GHz. Model 16GB mempunyai tahap kuasa 320W, manakala model 12GB pula kuasanya adalah 285W.

2. GeForce RTX 4090

Sumber Gambar: NVIDIA

NVIDI kali ini juga membawakan sebuah kad grafik paling berkuasa setakat ini iaitu GeForce RTX 4090. GeForce RTX 4090 ini dikatakan mampu memberikan empat kali ganda prestasi dengan versi teknologi DLSS 3 terbaru berbanding RTX 3090 Ti.

RTX 4090 menampilkan teras CUDA 16384 dengan klok dipertingkatkan sehingga 2.52GHz. Kad ini didatangkan dengan memori GDDR6X 24GB. RTX 4090 mempunyai tahap kuasa 450W dan menggunakan kabel 16-pin PCIe Gen 5 tunggal atau 8-pin PCIe 3x.

Sumber Gambar: NVIDIA

Teknologi DLSS 3 ini bakal menyokong sebanyak 35 permainan termasuklah Cyberpunk 2077 dan Microsoft Flight Simulator yang mana bakal memberikan pengalaman permainan yang lebih mantap dengan peningkatan kadar FPS serta mengatasi masalah kesesakan CPU apabila mempunyai kadar FPS yang tinggi menerusinya.

NVIDIA GeForce RTX 4090 akan mula dijual menjelang November kelak di pasaran global pada harga $1699 (~RM7744) bermula 12 Oktober ini. Sementara GeForce RTX 4080 varian 16GB akan dijual pada harga $1,199 (~RM5,476) dan GeForce RTX 4080 varian 12GB pula akan dijual pada harga $899 (~RM4,106).

Sumber