Sehingga ke hari ini kad grafik NVIDIA sedia ditawarkan dengan harga yang sangat mahal kerana ketiadaan stok di pasaran. Antara sebab punca masalah ketiadaan stok GPU adalah disebabkan terdapat permintaan yang tinggi terutamanya untuk melombong kriptowang dalam mendapatkan pendapatan pasif yang lumayan.

Terbaharu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) telah mendedahkan bahawa mereka telah menyelesaikan pertuduhan terhadap NVIDIA kerana gagal mendedahkan dengan secukupnya kesan perlombongan kripto ke atas pertumbuhan perniagaan perkakasan permainan mereka.

Lanjutan daripada itu, NVIDIA telah didenda $5.5 juta (RM24.035 juta) oleh SEC dan bersetuju untuk membayarnya. Saman ini dikenakan atas tujuan untuk menghalang sesuatu entiti daripada memanipulasi pasaran semasa.

NVIDIA dikesan telah gagal menyebut betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh kripto di dalam pertumbuhan hasil mereka daripada penjualan kad grafik dalam dua suku berturut-turut di dalam laporan tahunan fiskal 2018 mereka.

Sumber Gambar: TechPowerUp

Ini berikutan peningkatan nilai kriptowang yang pada tahun 2017 dan hasilnya menyaksikan semakin ramai orang membeli kad grafik NVIDIA untuk kegiatan perlombongan kripto.

Selain itu, SEC juga mendapati laporan NVIDIA berkaitan pertumbuhan perniagaan perkakasan permainannya tidak benar sama sekali kerana mereka berjaya menerima pertumbuhan perjualan yang positif pada tahun 2017 dan 2018 disebabkan memainkan peranan penting di dalam arena kriptowang secara sembunyi.

Setakat ini, pihak NVIDIA masih tidak mengakui atau menafikan pendedahan yang dibuat oleh SEC. Malah, mereka hanya bersetuju untuk membayar penalti berjumlah RM23 juta dan menurut perintah cease-and-desist. Namun, ini hanyalah jumlah yang kecil buat pihak NVIDIA kerana mereka berjaya memperolehi hasil tahunan sebanyak RM118 bilion pada tahun lalu.

Sebelum ini, syarikat Tesla dilaporkan mahu melombong kriptowang menggunakan tenaga solar ekoran kebimbangan terhadap alam sekitar.

Tesla Dilaporkan Mahu Melombong Kriptowang Menggunakan Tenaga Solar

Mahu Bendung Kes Kecurian Elektrik, TNB Cadang Pengenalan Tarif Khas Untuk Pelombong Bitcoin

Sumber