Kemas kini iOS 16 sedia membawakan pelbagai pembaharuan ciri yang menarik untuk pengguna iPhone. Selain membenarkan pengguna mengubah suai lockscreen mengikut citarasa anda, kini sokongan natif alat kawalan permainan Nintendo Joy-Con sudah boleh diakses pada iPhone menerusi iOS 16.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pembangun emulator permainan video untuk platform iOS yang mana iOS 16 membenarkan pengguna menggunakan Nintendo Joy-Con secara berasingan mahupun kedua-dua alat kawalan tersebut sekaligus.
!!! iOS 16 natively supports Nintendo Switch Pro Controllers!!
Can confirm they work perfectly with Delta 😍 pic.twitter.com/p8u1sdjvTt
— Riles 🫡 (@rileytestut) June 6, 2022
Dengan ini, akhirnya alat kawalan permainan Nintendo juga berpeluang menerima sokongan yang sama seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X dan Xbox One yang disokong secara rasmi pada iPhone sejak beberapa tahun lalu.
Malah, para pengguna juga boleh mengubah suai fungsi butang-butang pada alat kawalan menerusi menu Bluetooth di dalam aplikasi Settings dengan mudah. Setakat ini, ciri tersebut hanya boleh diakses secara eksklusif oleh pembangun terpilih untuk peringkat beta iOS 16.
Selain itu, Apple juga bakal menyediakan sebuah stand khas yang boleh digunakan pada iPhone untuk menjadi webcam tambahan pada MacBook.
Apple Sedia Membolehkan Anda Gunakan iPhone Sebagai Webcam Pada MacBook
Kemas Kini iOS 16 Disahkan Tidak Lagi Menyokong Model iPhone 7 Dan Ke Bawah