Jika sebelum ini anda perlu menggunakan aplikasi EpocCam untuk menjadikan kualiti telesidang atau panggilan video yang lebih baik. Terbaharu, pihak Apple sendiri memperkenalkan ciri sedemikian yang lebih mudah digunakan pada MacBook anda kelak.

Apple bersama macOS Ventura turut memperkenalkan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Continuity Camera. Menerusinya, ia membolehkan anda menggunakan iPhone secara terus sebagai webcam secara wireless untuk MacBook anda.

Sumber Gambar: Youtube

Dengan ciri ini, anda boleh menggunakan kamera pada iPhone untuk sejumlah tugasan termasuklah menunjukkan sesuatu demonstrasi dengan adanya lensa ultra-lebar dan juga boleh dijadikan sebagai kamera kedua untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Ciri ini bakal ditawarkan pada tahun ini juga dan menariknya turut hadir dengan stand khas untuk iPhone menjadi sebagai webcam yang mana akan ditawarkan untuk MacBook. Jadi selepas ini, anda boleh mengalami pengalaman panggilan video yang lebih baik sekaligus meningkatkan kualiti komunikasi bersama orang lain.

 Buat anda yang mungkin sedang mencari webcam untuk panggilan video, kini kami sediakan beberapa pilihan terbaik yang boleh didapatkan di Shopee.

6 Pilihan Webcam Terbaik Dengan Kualiti Imej Dan Audio Yang Jelas Di Shopee

Berbaloi Dan Mampu Milik, Ini 6 Speaker PC Yang Tersedia Di Shopee Untuk Nikmati Audio Yang Terbaik

Sumber