Seperti yang dinantikan, acara WWDC 2022 pada kali ini telah mengumumkan berkaitan kemas kini iOS 16 yang bakal ditawarkan kepada pengguna iPhone model terpilih. Menerusi iOS 16, ia membolehkan pengguna mengubah suai lock screen mengikut citarasa anda.

Sumber Gambar: Apple

Kini, anda boleh mengubah pewarnaan gambar pada lock screen dengan pelbagai gaya yang merangkumi filter warna, latar belakang dan juga font pilihan untuk jam yang dipaparkan. Di samping itu, anda boleh menetapkan beberapa rekaan lock screen yang mahu digunakan pada peranti mengikut citarasa anda.

Sumber Gambar: Apple

Menariknya, kini notifikasi diubah kepada lokasi di bawah skrin yang membolehkan anda melihat gambar penuh pada lock screen tanpa menghalangnya.

Dalam masa yang sama, ia dapat memudahkan pengguna untuk melihat sejumlah aktiviti terus daripada lock screen tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi. Selain itu, beberapa perubahan kecil turut diperkenalkan pada aplikasi Apple Maps, iMessage dan sebagainya.

Kemas kini baharu ini bakal hadir kepada semua pengguna iPhone menerusi iOS 16 kelak. Apple dijangka bakal menawarkan sistem operasi baharu ini menjelang September atau Oktober.

Sementara itu, Apple dijangka bakal menawarkan iPhone berasaskan pengecas USB-C  tidak lama lagi ekoran persetujuan perundangan baharu oleh Kesatuan Eropah.

Tiada Lagi Kabel Lightning, Kesatuan Eropah Luluskan Perundangan Penggunaan USB-C Bagi Semua Peranti

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan Buat iPhone 14 Pro

Sumber