Sistem rating sudah menjadi satu perkara yang wajib dilihat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pemilihan. Situasi ini juga sering berlaku sewaktu anda sedang mencari filem atau siri drama baharu menerusi platform penstriman seperti Netflix dan seumpamanya.
Terbaharu, Netflix telah memperkenalkan pula butang ‘Double Thumbs Up’ kepada pengguna. Dengan ciri ini, pengguna boleh memberitahu kepada Netflix yang mereka benar-benar suka dengan kandungan yang telah ditonton.
Malah, pihak Netflix menegaskan dengan adanya ciri ini dapat memastikan saranan kandungan yang lebih relevan dan menepati citarasa anda pada masa hadapan. Selain itu, kandungan yang sudah ditonton juga bakal dikategorikan secara spesifik bagi memastikan saranan yang diberikan berdasarkan genre yang berkaitan sahaja.
Berdasarkan setiap double thumbs up yang diberikan, pihak Netflix akan lebih mudah mengenal pasti kandungan mana yang bersesuaian termasuklah mencadangkan siri atau filem lain yang dibintangi oleh pelakon yang diminati. Ciri ini sudah boleh diakses oleh pengguna web, Android, iOS dan aplikasi TV pada hari ini.
Selain itu, tahukah anda bagaimana Netflix berjaya mempengaruhi pengguna untuk menonton sesuatu konten dengan pemilihan thumbnail yang bersesuaian?
Bagaimana Netflix Pengaruhi Pengguna Dengan Pemilihan Tontonan Menerusi Thumbnail
Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan