Penggunaan TnG eWallet sememangnya memudahkan para pengguna membuat transaksi secara cashless sahaja. Kadang kala, anda mungkin telah memasukkan sejumlah wang tetapi tidak tahu pula cara pindah baki TnG eWallet ke akaun bank sekiranya perlu.

Sebenarnya terdapat satu fungsi menarik dompet digital ini yang membolehkan anda memindahkan keluar sejumlah wang ke akaun bank yang digunakan oleh para pengguna. Oleh itu, anda boleh ikuti tutorial seperti di bawah untuk mengetahui proses yang betul dan mudah.

1. Pergi ke aplikasi TnG eWallet pada peranti.

2. Di halaman utama aplikasi tersebut, anda boleh nampak pilihan Cash out di bahagian atas, sebaris dengan Scan, Pay dan Transfer. Di sini, anda perlu tetapkan terlebih dahulu akaun bank destinasi tunai yang ingin dikeluarkan. Sebarang jumlah boleh dipindahkan ke akaun bank terpilih dengan GO+.

cara pindah baki tng
Sumber Gambar: Aplikasi TnG eWallet

3.  Kemudian, masukkan amaun yang ingin dipindah lalu tanda bahagian Terma dan Syarat dan klik pada Submit untuk hantar permohonan tersebut. Masa yang diambil untuk transaksi selesai adalah sekitar 1 hari berkerja sekiranya permohonan dilakukan sebelum jam 4 petang.

Sumber Gambar: Aplikasi TnG eWallet

4. Kemudian, anda hanya perlu masukkan nombor PIN.

5. Akhir sekali, isi pula nombor OTP pada bahagian GO+ sebagai Cash Out.

Perlu diingatkan, untuk menikmati fungsi ini mestilah menjadi ahli GO+ terlebih dahulu yang mana terdapat pelbagai kelebihan yang boleh dimanfaatkan selain pindahan wang sahaja. Oleh itu, sekiranya anda masih mempunyai wang baki yang tidak digunakan, boleh simpan sahaja di dalam akaun tersebut.

Hal ini kerana anda boleh mendapatkan pulangan harian dengan kadar bersih sebanyak 1.54% p.a serta patuh shariah. Selain itu, anda juga boleh memasukkan sebarang amaun wang pada akaun tersebut berbanding akaun jenis yang biasa sahaja.

Sumber Gambar: TnG eWallet

Semoga dengan mengetahui tutorial ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda mengetahui cara pindah baki TnG eWallet ke akaun bank ketika memerlukan. Malah, anda boleh kongsikan artikel ini kepada mereka yang menggunakannya memandangkan sudah semakin ramai pengguna TnG pada saban hari.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara memohon pelekat RFID menggunakan aplikasi TnG eWallet dengan klik pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Sumber