Baru-baru ini, pengguna secara rasmi sudah dibolehkan membuat pembayaran pengisian petrol menerusi RFID di beberapa stesen minyak Shell yang terpilih. Pasti ramai yang mahu mengetahui cara aktifkan kaedah pembayaran RFID yang betul untuk menggunakannya.
Tidak dapat dinafikan kaedah ini sememangnya memudahkan para pengguna untuk mengisi minyak dengan pantas dan efisien. Buat anda sudah memiliki RFID tetapi masih belum mengetahui cara untuk membuat pembayaran petrol menerusinya, boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.
Cara aktifkan kaedah pembayaran RFID
1. Buka aplikasi TNG eWallet lalu pilih More.
2. Kemudian, tekan pada Shell.
3. Selepas itu, klik pula Active fuelling.
4. Pilih amaun yang disediakan untuk mengisi minyak bermula serendah RM10 sehingga RM200. Sebagai pilihan tambahan, anda juga boleh memautkan kad Bonuslink untuk mendapatkan mata yang mana boleh ditebus pada kemudian hari.
5. Anda akan menerima nombor OTP dan notifikasi pemberitahuan kaedah pembayaran RFID sudah diaktifkan. Kini selesai sudah mengaktifkannya dan boleh digunakan untuk pengisian minyak seterusnya. Anda hanya perlu buat sekali sahaja proses pengaktifan ini.
Untuk membuat pengisian minyak menggunakan RFID pula, anda hanya perlu pergi Shell terpilih dan parkir kenderaan anda di pam minyak yang membenarkan RFID. Seterusnya, tunggu sehingga pengimbas RFID dan kamera mengesan kenderaan anda.
Selepas itu, semak status pada skrin LED di pam yang mana akan memaparkan gambar nozel pam minyak berwarna hijau yang bermaksud boleh memulakan pengisian minyak pada kenderaan. Sebaik selesai, anda bakal menerima wang baki yang tidak digunakan di dalam tempoh dua hari berkerja.
Buat masa ini, hanya lima stesen minyak Shell yang menawarkan kaedah pembayaran RFID iaitu Shell Bandar Sri Manjalara, Shell NKVE Damansara, Shell Taman Connaught, Shell Taman Tun Dr Ismail dan Shell Mint Hotel.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda mengaktifkan kaedah pembayaran RFID ini dan boleh digunakan untuk pengisian minyak seterusnya jika berdekatan dengan stesen minyak yang dinyatakan.
Sementara itu, anda juga perlu mengetahui cara memperbaharui pasport secara dalam talian yang mudah dan pantas.
Tidak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara ‘Renew’ Pasport Secara Dalam Talian Sahaja
Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Untuk Beli Barang Secara Terus Menerusi TikTok Shop