Sudah lebih dua tahun kita tidak dapat menyambut Hari Raya bersama yang tersayang di kampung. Pasti ramai orang boleh menjangkakan keadaan trafik yang sangat padat pada kali ini dan ingin mengetahui cara jadualkan perjalanan yang lebih baik.

Salah satu aplikasi navigasi destinasi yang sering digunakan ramai ialah Waze. Sebenarnya ramai tidak tahu terdapat satu ciri yang ditawarkan yang boleh memberitahu waktu bergerak yang sesuai berdasarkan keadaan trafik secara langsung. Ikut tutorial di bawah untuk ketahui cara jadualkan perjalanan di aplikasi Waze.

1. Buka aplikasi Waze dan klik pada My Waze.

cara jadualkan perjalanan
Sumber Gambar: Aplikasi Waze

2. Tekan pada tab Plan a drive.

Sumber Gambar: Aplikasi Waze

3. Seterusnya, klik pula simbol + untuk menambah penjadualan pemanduan baharu.

cara jadualkan perjalanan
Sumber Gambar; Aplikasi Waze

4. Buat carian destinasi yang ingin dikujungi iaitu lokasi kampung halaman anda.

Sumber Gambar: Aplikasi Waze

5. Pilih masa dan hari yang anda ingin tiba ke destinasi berkenaan dan kemudian klik Save. Di sini anda boleh melihat berapa perjalanan perlu mengambil masa yang mana bergantung pada masa anda pergi.

Sumber Gambar: Aplikasi Waze

Untuk makluman, anda juga boleh memautkan jadual pemanduan yang dibuat pada kalendar untuk digunakan semula seperti ke lokasi kerja dan seumpamanya. Waze sendiri akan memberi peringatan menerusi notifikasi apabila sudah tiba pada hari tersebut dan perlu mengaktifkan ciri GPS bagi mengakses lokasi dan maklumat semasa di jalan raya.

Selain menjadualkan perjalanan, anda juga boleh mengetahui lokasi petak letak kenderaan yang tersedaia secara langsung di destinasi yang dituju. Jadi, anda boleh membuat perancangan meletakkan kenderaan sebaik tiba di lokasi sekiranya mahu rehat sebentar dan seumpamanya.

Diharapkan dengan ketahui cara jadualkan perjalanan di aplikasi Waze dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar sewaktu pulang ke kampung halaman masing-masing. Sama-sama kita raikan Hari Raya bersama tersayang dengan pemanduan yang cermat agar semua pengguna jalan raya boleh tiba dengan selamat.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui aplikasi ramalan cuaca terbaik yang boleh didapatkan oleh pengguna iOS dan Android.

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Terbaik Yang Boleh Diguna Pengguna iOS Dan Android

6 Aplikasi Terbaik Untuk Hasilkan Konten Kreatif Dengan Mudah Di App Store

Sumber