Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Platform servis penstriman video MUBI ini sudah ditawarkan sejak tiga tahun lalu. Dengan menyajikan seleksi filem tempatan serta global yang berkualiti, para pengguna tempatan boleh menikmati servis mereka pada harga serendah RM15 sahaja.

Artikel Berkaitan:

Namun perjalanan MUBI Malaysia telah berakhir selepas mengumumkan bahawa perkhidmatan dan penawaran penstriman filem tempatan telah ditamatkan. Setakat ini, filem-filem tempatan dan serantau yang sudah pun berada di dalam platform tersebut masih lagi ditayangkan.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dalam masa yang sama, harga langganan MUBI turut meningkat naik sekali ganda dari RM15 ke RM30 sebulan. Anda boleh mendapatkan harga langganan yang lebih murah dengan melanggan terus selama tahun yang menjadikan bulanan hanya berharga RM19.

Sekiranya anda peminat filem tempatan, terdapat satu pilihan alternatif terbaik yang tersedia adalah saluran Siar menerusi unifi TV. Selepas ini, adakah anda masih mahu melanggan MUBI dengan tawaran langganan yang lebih premium?