Apple sudah menawarkan iMac 24-inci berasaskan cip pemproses M1 milik mereka yang didatangi pelbagai warna yang menarik buat pengguna pada April lalu. Kini Apple dilihat sudah menghentikan penjualan variasi iMac 21.5-inci dengan cip Intel bermula minggu lalu.

Jika anda kunjungi laman rasmi Apple Malaysia ketika ini, ia hanya menawarkan iMac 24-inci dengan cip M1 sementara iMac 27-inci pula dengan cip Intel. Untuk makluman, sebelum ini Apple sedia membawakan iMac dengan tiga saiz berbeza iaitu 21.5-inci, 24-inci dan 27-inci untuk dibeli oleh peminatnya.

Sumber Gambar: Apple Malaysia

Hal ini sekaligus secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi bahawa Apple bakal menawarkan iMac baharu yang mungkin dijana cip M1 Pro atau M1 Max seperti MacBook Pro 2021 kali ini. Malah, kehadiran cip Apple Silicon bakal menamatkan penawaran cip Intel sepenuhnya dalam memberi keutamaan kepada cip keluaran Apple menjelang 2022 kelak.

Apple juga sedia menawarkan fungsi ‘High Power Mode’ pada MacBook Pro yang dijana oleh Cip M1 Max terbaharu mereka. 

Apple MacBook Pro Dengan Cip M1 Max Bakal Ditawarkan Fungsi ‘High Power Mode’

Apple MacBook Pro Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Cip Apple M1 Baharu Bermula Daripada RM8,799

Sumber