Seperti yang ramai sedia maklum, bulan ini bakal menyaksikan Apple bakal melancarkan model iPhone terbaru mereka. Model yang bakal dinamakan sebagai iPhone 13 ini bakal turut menawarkan beberapa spesifikasi terbaru dalam menarik perhatian pengguna Apple.

Terbaharu, menerusi perkongsian YouTuber popular @MKBHD di Twitter, beliau menyarankan agar orang ramai yang mahu mendapatkan iPhone menangguhkan pembelian dan menanti seketika sebelum model terbaru iPhone dilancarkan sekitar dua minggu sahaja lagi.

Lebih menarik perhatian ramai, MKBHD turut memberi bayangan siri iPhone 12 sebelum ini mungkin akan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah.

Setakat ini, masih belum dipastikan siri iPhone 12 akan diteruskan Apple secara rasmi atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan kemunculan siri iPhone 13 yang dijangka bakal diumumkan sekitar 17 September ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi terbaru yang bakal ditawarkan pada siri Apple iPhone 13 dengan klik pautan di bawah.

Apple iPhone 13 Dijangka Bakal Ditawarkan Seawal 17 September

Apple iPhone 13 Mungkin Akan Ditawarkan Tanpa Butang Fizikal