Thailand sememangnya antara negara yang sering dikunjungi oleh pelancong luar disebabkan kekayaan budaya tempatan dan juga tempat pelancongan yang menarik. Setiap tahun, negara Thailand berjaya mengutip keuntungan yang banyak menerusi industri pelancongannya.

Dalam usaha pemulihan industri pelancongan disebabkan pandemik ini, Thailand sudah mula menyatakan hasratnya untuk menjadi negara mesra kripto dalam menyasarkan untuk menarik pemegang kripto dan meningkatkan semula ekonomi industri perlancongan seperti sedia kala.

Sumber Gambar: Business partner magazine

Kerajaan Thailand berharap untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada $80 billion (~RM339 billion) hasil keuntungan yang hilang akibat daripada pandemik COVID-19 serta penutupan sempadan. Pihak autoriti yang berkaitan dilaporkan sedang menggubal undang-undang untuk memudahkan pelawat membelanjakan kriptowang di negara tersebut.

Tambahan pula, pihak berkuasa telah menubuhkan unit baharu pada tahun hadapan untuk mengendalikan pengeluaran token kripto sendiri, menghasilkan dompet dan membina sebuah ekosistem pelancongan baharu menerusinya. Thailand pada masa ini masih belum mengiktiraf mata wang kripto seperti bitcoin dan ethereum sebagai tender yang sah.

Sumber Gambar: The Statesmen

Yuthasak selaku Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menambah lagi negara berkenaan boleh mendapatkan semula kira-kira 80% daripada hasil keuntungan pelancongan dengan kehadiran selebriti seperti Russel Crowe atau pemegang kripto seperti Tim Cook untuk melawat ke negara itu.

Selain itu, mereka juga boleh mempromosikan negara Thailand dalam meningkatkan jumlah pelancong tahunan. Kerajaan juga Thailand turut menyasarkan 1 juta pelancong berbelanja besar pada suku pertama tahun depan serta berharap 10% daripada pemegang kripto mengunjungi Thailand kelak.

Pada awal bulan ini, Tim Cook telah mengakui mempunyai pegangan dalam kriptowang bagi mempelbagaikan cabang portfolio pelaburannya.

Tim Cook Akui Mempunyai Pegangan Dalam Kriptowang Bagi Tujuan Pelaburan

Dalam Tempoh 14 Bulan Sahaja, Lelaki Ini Menjadi Bilionair Menerusi Pelaburan Kriptowang Shiba Inu

Sumber