Kriptowang Shiba Inu (SHIB) telah menjadi tajuk utama di serata media setelah nilainya melonjak sehingga 59% dalam masa 24jam yang sekaligus melepasi Dogecoin yang telah lama berada atasnya dalam carta marketcap kriptowang. Untuk pengetahuan, Shiba Inu merupakan sebuah kriptowang yang digelar sebagai meme coin dan berhasrat untuk menjadi Dogecoin killer.

Menurut laman Morning Brew, seorang individu telah membelanjakan wang dalam mendapatkan kriptowang Shiba Inu bernilai $8,000 (~RM33,142) pada Ogos tahun lalu kini berjaya menjadi bilionair selepas nilainya telah melonjak sehingga $6.04 billion (~RM24.8 billion).

Perkembangan ini telah menjadikan individu tersebut sebagai billionair kriptowang pada saat ini dengan hanya pembelian kriptowang tersebut pada Ogos yang lalu.

Sekiranya individu ini berjaya mengeluarkan kesemua kriptowang menjadi wang tunai, transaksi tersebut bakal menjadi antara urusan perdagangan paling hebat sepanjang masa.

Buat anda yang berminat untuk melabur dalam dunia kriptowang, sebaiknya ketahui dahulu secara mendalam daripada mereka yang berpengalaman kerana terdapat pelbagai risiko dengan nilainya pula yang tidak menentu.

Sekumpulan pelajar di Kelantan telah menanggung kerugian sebanyak RM200,00 disebabkan skim kriptowang yang disertainya.

Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang

RM560.54 Juta Beku Selepas Pemilik Kriptowang ‘Quadrigo’ Meninggal Dunia