Kebiasannya basikal elektrik hanya mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 45km/j sahaja dengan jumlah jarak yang terhad. Namun begitu, sebuah syarikat pembangun basikal elektrik yang berpengkalan di Amsterdam ini telah mengambil inisiatif selangkah ke hadapan untuk merevolusikan pengangkutan di bandar.

Syarikat VanMoof baru-baru ini telah mengumumkan perancangan mengenai sebuah basikal berkuasa tinggi yang sekaligus telah mencipta satu kategori baharu dengan pengenalan hyperbike. Basikal elektrik yang dikenali sebagai VanMoof V ini dijangka bakal menjadi pengangkutan utama untuk bergerak dengan mudah di dalam bandar menjelang 2025.

Sumber Gambar: Hypebeast
Sumber Gambar: Hypebeast

VanMoof V hadir dengan rekaan rangka ergonomik bersama dua tayar yang tebal dilengkapi sistem suspensi untuk bergerak dengan selesa pada kelajuan tinggi dalam jarak perjalanan yang jauh. Ditambah pula integrasi dua motor padanya yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 80km/j.

Terdapat pelbagai teknologi terkini yang turut hadir seperti sistem kunci keyless, penukaran gear secara automatik dan sistem perlindungan kecurian juga. Basikal ini ditawarkan pada tanda harga $3,498 (~RM14,532) dan mulai penghantaran menjelang akhir tahun 2022 kelak.

Sementara itu, basikal elektrik keluaran syarikat Super73 tampil dengan rekaan seperti Motorcross yang kompak dan lebih tahan lasak. 

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Sumber