Pada hari ini, kita boleh lihat basikal elektrik telah digunakan secara meluas yang bukan hanya untuk beriadah tetapi pengangkutan untuk ke bekerja. Rekaannya juga biasanya lebih menampilkan elemen futuristik serta kompak yang bersesuaian dengan pada era ini.

Namun, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Super73 telah mengambil pendekatan yang berbeza dengan menawarkan rekaan basikal elektrik seperti sebuah motor vintaj atau motorcross.

Pengenalan Super73

Super73 telah ditubuhkan pada 2016 menerusi program Kickstarter dan berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini telah menggabungkan basikal elektrik dengan elemen motorsikal vintaj untuk tampak berbeza di dalam industri basikal elektrik. Basikal elektriknya menawarkan pelbagai fungsi serta teknik pembuatan secara terperinci dan rekaan ergonomik yang menjadi pilihan orang ramai di dunia.

Siri S merupakan barisan basikal elektrik pertama yang dilancarkan secara global pada tahun 2017 oleh Super73. Dan mereka berjaya menarik pelbagai ikon ternama antarabangsa serta berkolaborasi bersama jenama terkemuka dengan menghasilkan model edisi terhad seperti edisi PSG x Super73-Z.

vocket-tech-basikal-4
Sumber Gambar: Super73

Untuk makluman, terdapat tiga jenis siri basikal yang ditawarkan mewakili kelas tersendiri. Siri R merupakan kelas paling berkuasa di dalam senarai manakala siri S menawarkan fungsi yang lebih banyak berbanding siri Z yang dikategori sebagai kelas permulaan. Pada kali ini, kami akan bandingkan barisan siri Z model yang terbaru iaitu Super73-ZX dan model terawal siri ini yang dikenali sebagai Super73-Z1.

Super73-ZX

Model Super73-ZX merupakan penambahan terbaru bagi barisan siri Z yang menampilkan pelbagai penambah baikan berbanding model sebelum ini. Rangka basikal ini diperbuat aluminium aloi yang lebih ringan serta ciri kalis air dan hakisan bagi tunggangan semua keadaan. Model ini hadir dengan bateri sebesar 615WH dengan anggaran jarak 30KM pada kelajuan maksimum atau bantuan mod eco yang boleh mencecah 50KM.

Rekaan terbaru tempat duduk bakal memberikan keselesaan yang lebih baik serta boleh membawa seorang penumpang. Teknologi tayar LZD yang terbaru menjanjikan cengkaman yang lebih baik pada permukaan jalan di bandar sementara mengekalkan ketahanan bagi jangka masa panjang.

Sumber Gambar: Rideandglide
basikal elektrik
Sumber Gambar:thecoolector

Selain itu, generasi baru ini boleh dipadankan pada peranti Android dan iOS menerusi aplikasi Super73 bagi pemantauan status basikal. Skrin paparan pintar juga menyokong sambungan Bluetooth yang membolehkan penunggang kawal basikal mereka menerusi aplikasi sahaja.

Terdapat fungsi navigasi terbaru di mana penunggang boleh menandakan destinasi yang ingin dituju pada aplikasi dan ia bakal memaparkan laluan pada skrin paparan tersebut.  Selain daripada itu, kemampuan menerima kemas kini juga bakal menjanjikan prestasi basikal ini akan berada di tahap yang optimum.

vocket-tech-basikal-3
Sumber Gambar: Super73

Penawaran warna bagi model ini hanya terhad kepada kelabu dan hitam sahaja. Sekiranya anda berminat dengan Super73-ZX, boleh dapatkan pada harga RM8,455 sahaja di laman rasmi Super73.

Pro

  • Pelbagai fungsi teknologi terbaru.
  • Pemanduan yang baik.
  • Ketahanan bateri lebih lama.

Cons

  • Fork basikal yang agak longgar.
  • Suspension perlu dibeli berasingan.

Harga: $1,995 (~RM8,455)

Super73-Z1

Super73-Z1 merupakan sebuah basikal elektrik kelas permulaan yang hanya menawarkan fungsi asas sahaja. Rangka badan yang kompak diperbuat daripada besi menambahkan lagi keutuhan bagi lebih tahan lasak. Dilengkapi dengan bateri sebesar 418WH yang boleh menjangkui jarak sehingga 20KM.

Walaupun hadir dengan fungsi asas sahaja, ianya masih membawakan tiga LED skrin paparan serta lampu pada model ini. Terdapat dua mod kelas yang dihasilkan oleh motor bagi pemanduan yang berbeza serta boleh mencecah kelajuan sehingga 32 km/h.

vocket-tech-basikal-z1-1
Sumber Gambar: Super73
vocket-tech-basikal-z1-2
Sumber Gambar: electrek

Tempat duduk pula hanya boleh dilaraskan ke depan dan belakang mengikut keselesaan penunggang. Basikal elektrik ini mempunyai berat sekitar 25Kg dan boleh menampung beban sehingga 100kg. Tayar yang cukup besar dan tebal untuk menempuhi semua jenis rupa bentuk bumi dengan lancar.

Yang menariknya, penunggang boleh mengawal kelajuan pada ruang paparan skrin di bahagian handlebar dengan mudah. Basikal ini sememangnya sesuai untuk bergerak di sekitar bandar dengan senang malahan rekaannya cukup bergaya dilihat oleh umum.

super73-z1-electric–6
Sumber Gambar: Topspeed

Bagi menambahkan lagi ciri keselamatan sewaktu pemanduan, ia didatangkan dengan sistem brek mekanikal Tektro yang berkualiti tinggi. Pelbagai variasi warna yang boleh dipilih iaitu hitam, putih, kelabu, oren dan pink. Anda boleh dapatkan basikal elektrik ini pada harga serendah RM5,912 di laman rasmi mereka.

Pro

  • Senang untuk dibawa.
  • Tayar yang tahan lasak.
  • Tempat duduk yang selesa.

Cons

  • Kuasa output yang rendah.
  • Bateri tidak boleh ditanggalkan.
  • Jarak yang agak pendek berbanding basikal lain di pasaran.

Harga: $1,395 (~RM5,912)

@super73

Studio day! 📸 #hotwheels #matel #super73 #ebike #fypシ

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Penawaran harga bagi kedua-dua model ini dilihat mempunyai perbezaan yang banyak. Bagi anda yang inginkan teknologi terbaru serta penambahbaikan dari segi keseluruhan binaan semestinya boleh pilih model Super73-ZX. Sementara model Super73-Z1 juga masih menjadi pilihan pengguna bagi mereka yang baru berjinak dengan pengangkutan ini.

Namun begitu, anda boleh juga mendapatkan basikal elektrik pada harga jauh lebih berpatutan menerusi laman Shopee dengan penawaran harga bermula serendah RM309 sahaja. Basikal elektrik telah menjadi salah satu alternatif pengangkutan yang lebih mudah dibawa ke mana-mana serta mesra alam.

Bagi anda yang mahukan lebih cabaran dan tampak unik, boleh dapatkan basikal EUC yang berjaya menawan Bukit Fraser pada baru-baru ini.

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Lihat Inovasi Bekas Jurutera Google Dalam Menghasilkan Sarung Tangan Basikal