Bila sebut Ducati, secara umumnya ramai sudah ketahui akan prestasi motor yang dihasilkan sangat bagus sehingga berjaya memenangi pertandingan terkemuka dunia. Dengan kepakaran permotoran yang mereka ada, kini dilihat sedia menerokai ruangan basikal elektrik pula yang berpotensi menjadi alternatif pengangkutan.

Terkini, syarikat ini telah melancarkan basikal lumba elektrik pertama edisi terhad mereka dengan hasil kerjasama Thok yang dinamakan Ducati Futa. Basikal ini diperbuat daripada gentian karbon dengan rekaan tubuh aerodanmik bagi menggurangkan geseran udara serta lebih tahan lasak.

Selain itu, hab elektrik yang terletak di bahagian belakang dilengkapi motor 250-Wh yang mampu memberikan bantuan kayuhan mencecah 25 km/j. Malah, terdapat sistem gear elektronik tanpa wayar disertakan dengan sokongan untuk dikawal menggunakan peranti Android dan iOS.

Sumber Gambar: Autoblog

Sistem brek pula menggunakan cakera hidraulik 160mm pada tayar depan dan belakang untuk ciri keselamatan yang lebih baik. Malah, basikal ini hanya seberat 12.4 kg sahaja dan mudah dikendalikan menerusinya.

Basikal serba canggih ini sedia dijual pada harga bermula €7,690 (~RM35,117)  untuk beberapa negara terpilih. Bahkan, Ducati juga mengatakan hanya menawarkan dengan jumlah yang terhad iaitu 50 unit sahaja di dalam dunia.

Selain Ducati, anda juga boleh dapatkan basikal elektrik yang persis rekaan ‘Motorcross’ dengan harga lebih berpatutan. Boleh klik di pautan di bawah untuk lebih lanjut.

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak

Super Soco TC Max, Motosikal Elektrik Dengan Rekaan Elegan Dan Praktikal Untuk Kegunaan Harian