Pada hari ini Apple telah melancarkan secara rasmi macOS Monterey kepada semua pengguna merangkumi Mac berasaskan cip Intel mahupun Apple silicon. Pengguna Mac kini berpeluang menikmati pelbagai ciri baharu yang disertakan menerusi kemas kini terbaharu ini.

Antara perkara menarik yang ditawarkan pada macOS Monterey adalah aplikasi Shortcut yang boleh meningkatkan produktiviti harian pengguna, kemampuan memaparkan konten di iPhone atau iPad pada skrin Mac menerusi ciri AirPlay serta penambah baikan pada laman pelayar web Safari untuk pengalaman pelayaran yang menarik dan sebagainya.

Sumber Gambar: Apple

Bagi pengguna Mac, anda sudah boleh memuat turun fail kemas kini yang bersaiz sekitar 12GB pada hari ini dan sudah boleh menikmati pelbagai ciri baharu yang hadir sekali bersama macOS Monterey. Anda boleh menyemak terlebih dahulu sama ada model Mac anda menyokong kemas kini ini atau sebaliknya.

Difahamkan Apple MacBook Pro dengan cip M1 Max bakal ditawarkan fungsiĀ  High Power Mode untuk menjalankan aktiviti perisian yang berat dengan lancar.

Apple MacBook Pro Dengan Cip M1 Max Bakal Ditawarkan Fungsi ‘High Power Mode’

5 Ciri Menarik Yang Bakal Menarik Perhatian Anda Pada Kemas Kini iOS 15

Sumber