Pada Oktober lalu, Apple telah melancarkan MacBook Pro baharu yang bersaiz 14-inci dan 16-inci kepada umum. Malah, ia juga hadir dengan dua variasi cip yang lebih berkuasa tinggi  iaitu Apple M1 Pro dan Apple M1 Max untuk pengalaman penggunaan yang baik oleh golongan profesional di luar sana.

Kedua-dua model MacBook Pro ini mempunyai skrin paparan yang sangat bagus dengan kecerahan mencapai 1,600 nits bersama sokongan high refresh rate ProMotion 120Hz. Paparan yang tersedia pula hadir dengan notch yang menempatkan kamera 1080p untuk kegunaan telesidang atau panggilan video.

Sumber Gambar: Apple

Bersamanya, hadir dengan beberapa port buat para pengguna seperti HDMI, slot kad SDXC, 3x Thunderbolt dan juga pengecasan kegemaran ramai iaitu MagSafe. Model ini turut dilengkapi dengan kehadiran Touch ID yang membolehkan pengguna log masuk ke komputer serta membuat transaksi dengan mudah dan pantas dan juga keselamatan yang lebih terjamin.

Dari segi bateri pula, model ini dilaporkan mampu bertahan sehingga 17 jam untuk model 14-inci dan selama 21 jam untuk model 16-inci yang turut menyokong pengecasan pantas 50% dalam masa 30 minit sahaja. Sistem pembesar suara juga turut dinaik taraf dengan sokongan Spatial Audio yang dapat menghasilkan audio dengan baik.

Sumber Gambar: Apple
Sumber Gambar: Apple

Buat anda yang sudah lama menantikan model MacBook Pro terbaharu kini sudah boleh menempahnya menerusi laman rasmi Apple Malaysia. Model MacBook Pro 14-inci bakal ditawarkan pada harga bermula dari RM8,799 manakala MacBook Pro 16-inci pula bermula pada RM10,799. Terdapat juga pilihan yang boleh ditambah sehingga 64GB RAM dan 8TB SSD.

Tahukah anda Apple MacBook Pro berasaskan Cip M1 Max bersaiz 16-inci bakal menerima fungsi ‘High Power Mode’ untuk kegunaan aktiviti perisian yang berat?

Apple MacBook Pro Dengan Cip M1 Max Bakal Ditawarkan Fungsi ‘High Power Mode’

Apple MacBook Pro Dengan Pilihan Spesifikasi Tertinggi Ditawarkan Dengan Harga RM25,199

Sumber