OpenSea merupakan antara pilihan laman utama buat semua pengguna yang mahu mendapatkan NFT atau menjual karya menerusinya. Oleh itu, ramai pula yang mahu menawarkan sejumlah karya NFT dengan harapan boleh meraih jualan tinggi seperti mana yang terjadi pada Ghozali baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak OpenSea sendiri sudah mengambil inisiatif untuk menarik lebih ramai orang untuk menawarkan karya tersendiri di platform tersebut dengan ciri penerbitan secara percuma sahaja. Menerusinya, para pengguna berpeluang menerbitkan sebanyak 50 karya NFT secara percuma.

Akan tetapi, didapati segelintir pengguna yang menyalahgunakan kelebihan ini kerana pihak OpenSea telah mengesan lebih daripada 80% NFT yang diterbitkan secara percuma di platform tersebut adalah karya ciplak, koleksi palsu dan berbentuk spam.

Penerbitan karya ciplak di platform jual beli seperti OpenSea sememangnya telah menjadi isu utama yang sedang diutarakan oleh ramai penerbit kandungan sejak kebelakangan ini. Hal ini kerana terdapat sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan dengan mudah atas hasil karya orang lain pula.

Pada Disember lalu, terdapat sebahagian penerbit kandungan NFT yang sedia menyaman pihak yang menciplak koleksi karya NFT bernilai RM31.7 juta.

Koleksi NFT Bernilai RM31.7 Juta Dituduh Guna Karya Tanpa Izin Diancam Tindakan Undang-Undang

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar