Aset NFT mempunyai populariti yang tinggi pada tahun ini oleh kerana nilainya yang mencecah jutaan ringgit serta dianggap sebagai revolusi seni pada masa kelak. Walaupun terdapat tentangan daripada sesetengah pihak, masih ramai yang berminat untuk mendapatkan aset NFT yang ditawarkan oleh artis di sejumlah platform jual beli NFT.

Menerusi laman Financial Times, terdapat laporan terbaharu yang menunjukkan bahawa sebahagian artis sedang pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap koleksi NFT yang digelar sebagai “Art Wars“. Tindakan ini dilakukan ekoran karya seni asal artis berkenaan dijual sebagai NFT tanpa persetujuan mereka.

Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan bahawa karya seni oleh Anish Kapoor, David Bailey dan sebahagian artis lain telah dikeluarkan sebagai NFT oleh pihak Art Wars dapat mengaut keuntungan sehingga $7.5 juta (~RM31.7 juta). Koleksi  NFT Art Wars merangkumi kira-kira 1,138 gambar yang diambil tanpa izin.

Karya seni yang dibuat oleh Kaapor telah dijual semula pada 1,000 ETH (~RM19.41 juta), manakala karya oleh Bailey dijual semula dengan harga 120 ETH (~RM2.3 juta). Bagaimanapun, NFT tersebut dikatakan telah dikeluarkan dari platform Opensea selepas itu.

Sumber Gambar: Financial Times

Seramai 12 artis sedang pertimbangkan tindakan undang-undang terhadap projek itu yang mengambil hasil kerja tanpa pengetahuan dan menjualnya secara komersial. Seorang artis yang bernama “Unskilled Worked” berkemungkinan turut berbuat sedemikian selepas menyedari dua topi Stormtropper hasil karyanya telah dijual sebagai NFT.

Perkara ini sudah mendapat perhatian juga sebelum ini oleh pemilik hasil karya lain yang melihat industri NFT sudah dipenuhi lambakan karya yang diambil tanpa kebenaran dan lalu dijual pula.

Sumber Gambar: Cbr

Malah, penerbit komik terkemuka seperti DC dan Marvel sudah memberi amaran kepada artis freelance supaya tidak menggunakan bahan atau watak yang sudah didaftar hak cipta untuk dijual sebagai NFT. Oleh itu, sekiranya anda mahu menjual hasil karya NFT selepas ini untuk lebih cakna berkaitan hak cipta kerana boleh diambil tindakan undang-undang.

Sementara di platform Pentas pula, 4 karya NFT hasil kerjasama bersama altimet berjaya terjual dengan harga RM23,186 pada baru-baru ini.

4 Karya NFT Hasil Kerjasama Bersama Altimet Berjaya Terjual Dengan Harga RM23,186

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880