Steam merupakan sebuah platform yang menghimpunkan ribuan permainan terkemuka yang boleh diakses dengan mudah oleh para pengguna dunia. Menerusinya, pengguna juga boleh berkomunikasi bersama pengguna lain.

Namun begitu, pengguna Steam di China baru-baru ini melaporkan bahawa platform Steam dan halaman komuniti telah disenaraihitamkan oleh kerajaan mereka sendiri. Ini bermakna mereka tidak boleh lagi mengakses platform Steam di negara tersebut. Steam versi global yang dihalang ini juga telah digantikan dengan versi China sahaja.

https://twitter.com/_FireMonkey/status/1474597826420252673?s=20

Pada Februari lalu, Steam China dilancarkan dengan pilihan koleksi permainan yang lebih kecil untuk didapatkan manakala Steam Global pula menawarkan lebih daripada 100,000 permainan termasuklah tajuk-tajuk terkenal. Kini dilaporkan platform Steam China hanya mempunyai sekitar 103 permainan sahaja seperti Dota 2, CSGO dan lain-lain lagi.

Perkara ini memberikan impak yang besar kepada pihak pembangun permainan yang lebih kecil yang mana memerlukan sokongan sejumlah pemain yang besar dari negara itu untuk terus bersaing di pasaran. China merupakan pasaran yang besar buat arena permainan yang sekaligus memberikan kesan kepada pihak pembangun di luar sana.

Sumber Gambar: Steam

Malahan, laman berkaitan Steam Global juga dikatakan bukan sahaja disenaraihitam lagi tetapi terus dihalang secara rasminya oleh kerajaan. Kelemahan yang terdapat pada Steam China bukan sahaja mempunyai jumlah permainan yang terhad tetapi ciri komuniti yang terdapat versi global juga tidak disertakan.

Hal ini memberikan kesan kepada para pengguna yang sebelum ini boleh berurusan berkaitan permainan di antara satu sama lain sudah tidak boleh dinikmati lagi. Setakat ini, hanya pihak pembangun China yang boleh menjual permainan sementara pihak pembangun global mungkin perlu berkerjasama dengan pihak tempatan dalam perihal tersebut.

Sebelum ini, China juga pernah menfailkan saman terhadapa Tencent ekoran fungsi terbaharu pada aplikasinya.

China Memfailkan Saman Terhadap Tencent Berikutan Fungsi Terbaru Pada WeChat

Mahu Elak Pelajar Main Game Hingga Lewat Malam, Tencent Sedia Perkenal Teknologi Imbasan Wajah