Sebut mengenai Tencent pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama ini menerusi penawaran aplikasi WeChat. Dalam pada itu, syarikat ini terus berkembang dalam menawarkan lebih banyak jaringan produk dan teknologi terbaharu.

Menerusi laporan terbaru, Tencent mengumumkan pihak mereka sedang membangunkan sebuah teknologi imbasan wajah yang dinamakan sebagai Midnight Patrol dalam memastikan pemain berusia 18 tahun dan ke bawah tidak menghabiskan waktu yang panjang sehingga lewat malam untuk bermain game.

Call-of-Duty-Mobile
Sumber: 9to5Mac

Penawaran sistem ini dikatakan dapat mengatasi isu pemain yang menggunakan identiti ahli keluarga untuk terus bermain game. Sebagai permulaan, syarikat ini mahu mengimplementasi teknologi ini di China merangkumi 60 permainan yang diterbitkan sebelum ditawarkan ke negara luar.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2019, pihak China sudah mulai memperkenalkan perundangan baharu dalam mengawal ketagihan para pemain berumur 18 tahun dan ke bawah dengan mengehadkan waktu bermain bermula 8 pagi sehingga 10 malam sahaja. Selain itu, tempoh bermain hanya 90 minit sehari antara yang turut ditetapkan.

Khas buat para gamers, kami kongsikan 7 permainan mudah alih yang mencabar untuk dicuba sepanjang PKP berlangsung.

7 Mobile Games Yang Mencabar Untuk Dicuba Para Gamers Di Luar Sana

7 Game Telefon Pintar Percuma Yang Boleh Anda Cuba Untuk Hilangkan Bosan Semasa PKP

Sumber