WeChat merupakan sebuah aplikasi popular dalam kalangan pengguna di China yang dibangunkan oleh Tencent. WeChat telah menjadi satu medium utama dalam memudahkan aktiviti seharian mereka termasuk komunikasi, pembayaran dan sebagainya.

Menerusi laporan yang dibuat oleh Reuters, kerajaan China telah memfailkan saman terhadap Tencent oleh kerana fungsi ‘Youth Mode’ yang diperkenalkan pada WeChat. Mod ini bakal mengehadkan pengguna di bawah umur daripada mengakses beberapa fungsi utama termasuk sebahagian permainan, pembayaran dan carian kawan sekitar.

vocket-tech-news-wechat-1
Sumber Gambar: Sampi marketingtec

Namun begitu, perkara ini masih belum diketahui bagaimana fungsi ini boleh melanggar akta yang termaktub di dalam perundangan China. Autoriti China juga pernah membidas tindakan berkenaan industri permainan yang mempromosikan budaya artis kepada penggunanya.

Kerajaan China dilihat sangat aktif dalam memastikan setiap pengguna bawah umur akan dilindungi daripada ancaman di atas talian. Undang-undang yang tersedia turut diperketatkan dalam menangani isu-isu keselamatan berkaitan pengguna terhadap syarikat teknologi gergasi pada tahun ini.

Berikut merupakan senarai fungsi yang digunakan oleh rakyat China dalam menyelesaikan aktiviti harian dengan mudah sahaja. Klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Sering Dianggap Aplikasi Murahan, Ini 10 Fungsi Hebat WeChat Yang Ramai Tidak Tahu

Mahu Elak Pelajar Main Game Hingga Lewat Malam, Tencent Sedia Perkenal Teknologi Imbasan Wajah

Sumber