Tular-tular baru ini khabar angin yang mengatakan aplikasi MySejahtera dijual kepada syarikat swasta sekaligus membolehkan akses kepada kesemua maklumat pengguna aplikasi tersebut. Untuk mengelakkan kekeliruan terus melanda di kalangan pengguna Malaysia, maka hebahan kenyataan rasmi mengenainya telah pun dibuat.
Terkini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi kepada mana-mana syarikat swasta. Malah, pihak kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan Kementerian Kesihatan dan dilantik sebagai pemilik utama aplikasi untuk pengurusan kesihatan awam negara.
MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dengan KKM sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima MySj. Kerahsiaan data adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi. pic.twitter.com/DcRCID0vXb
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) March 27, 2022
Di samping itu, beliau juga menyatakan data MySejahtera adalah dibawah kementerian sejak ia mula digunakan. Data pengguna MySejahtera turut tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan atau pun swasta.
KKM menambah lagi bahawa yang mana data orang ramai adalah terjamin dan Kementerian Kesihatan akan memastikan aspek ini tidak dikompromi. Selain itu, kerajaan juga telah menerangkan bahawa syarikat KPISoft Sdn Bhd sedia menawarkan penggunaan aplikasi tersebut kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran.
Selepas tamat tempoh tersebut, kerajaan bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan MySejahtera kerana keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya dan telah melaksanakan peningkatan fungsi MySejahtera sehingga apa yang digunakan hari ini.
Bahkan, KKM mengatakan mereka telah melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera untuk tempoh dua tahun merangkumi pengoperasian platform MySejahtera, pembangunan sistem termasuk modul tambahan, penyelenggaraan, pengurusan data dan beberapa yang lain.
Proses rundingan ini dikatakan telah dimulakan oleh KKM, dan akan memastikan pelbagai semakan dilakukan bagi memelihara kepentingan kerajaan. MySejahtera kini mempunyai sekitar 38 juta pengguan berdaftar dan digunakan sebagai aplikasi utama dalam pengesahan sijil vaksin COVID-19 dan daftar masuk ke sesebuah lokasi di seluruh Malaysia.
Antar ciri baru yang terdapat pada MySejahtera pada hari ini adalah ciri Verified pada akaun untuk mengelakkan penggunaan sijil vaksinasi palsu padanya.
MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri ‘Verified’ Pada Akaun Untuk Sahkan Identiti Pada Aplikasi
YB KJ Cadangkan Perluaskan Ciri MySejahtera Untuk Urusan Pendermaan Organ