Sejak dua tahun kebelakangan ini, NFT menjadi sensasi di peringkat global kerana nilainya mencapai ratusan ribu ringgit. Malah, karya NFT terkemuka seperti BAYC, CryptoPunk dan Doodles mempamerkan jumlah jualan tinggi yang konsisten.

Laporan terbaharu daripada Elliptic iaitu sebuah syarikat penyelidikan blockchain mendapati bahawa NFT bernilai $100 juta bersamaan RM450 juta telah dicuri sepanjang tahun ini menerusi isu kerentanan sekuriti blockchain atau pun penipuan.

Sumber Gambar: imgur

Teknik penipuan merupakan salah satu cara utama yang dipilih oleh penjenayah siber untuk mencuri NFT. Menerusi dapatan laporan, Eliptical mengatakan bahawa 23% daripada kes kecurian NFT pada tahun ini dimulakan menerusi kompromi dan kerentanan daripada platform media sosial.

Difahamkan pencuri secara puratanya menerima sejumlah $300,000 (~RM1.3 juta) untuk setiap penipuan yang berjaya. Skala sebenar kecurian NFT juga mungkin lebih tinggi memandangkan tidak semua kes kecurian NFT dilaporkan secara terbuka menurut Elliptic.

Bukan itu sahaja, terdapat sejumlah laporan berkaitan kes kecurian kriptowang dan NFT sepanjang tahun ini dan rata-rata pemilik masih tidak dapat mendapatkan semula aset digital dan kriptowang yang dicuri. Setakat Julai 2022 sahaja, jumlah kes kecurian NFT yang dilaporkan mencapai 4647.

Pada awal bulan ini juga, pembangun Blockchain Nomad melaporkan kriptowang sebanyak RM847 juta telah dicuri.

Kriptowang Bernilai RM847 Juta Telah Dicuri Daripada Pembangun Blockchain Nomad

Lebih 7,000 Dompet Kriptowang Bernilai RM22 Juta Pada Blockchain Solana Disonglap Penggodam