Sehingga ke hari ini, kriptowang sering menjadi buruan oleh penjenayah siber oleh kerana nilainya yang tinggi. Walaupun blockchain sering dikaitkan dengan ciri sekuriti yang baik, penjenayah siber masih berjaya mencuri kriptowang menerusinya.

Yang terkini, pembangun perisian blockchain Nomad dilaporkan telah mengalami isu godaman yang melibatkan kriptowang milik para pelanggan mereka yang bernilai $190 juta (~RM847 juta) telah dicuri daripada blockchain bridge mereka.

Sumber Gambar: The Economic Times

Untuk makluman, blockchain bridge merupakan sebuah sistem yang boleh digunakan untuk menghantar kriptowang dari satu blockchain ke blockchain yang lain tanpa perlu menjual kriptowang tersebut. Kebiasaannya ia digunakan untuk memudahkan pelabur kriptowang mengakses pelbagai jenis blockchain dengan cepat.

Menurut Nomad, pihak mereka mengesahkan bahawa kriptowang miliknya telah dicuri daripada blockchain bridge mereka sendiri oleh penggodam menerusi satu kerentanan yang ditemui dalam sistem tersebut. Pihak Nomad juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Malah, mereka sedang berkerjasama dengan syarikat forensik yang mempunyai kepakaran dalam bidang blockchain untuk mengkaji bagaimana kes kecurian ini boleh berlaku. Insiden ini juga menjadikan satu pencurian kriptowang terbesar setakat pada tahun ini.

Sebelum ini juga, Tesla telah pun menjual majoriti besar pegangan Bitcoin ekoran harga semasa yang tidak menentu.

Tesla Dilaporkan Jual 75% Pegangan Bitcoin Pada Harga Mencecah RM4.17 Bilion

Alami ‘Crypto Crash’, Nilai Bitcoin Jatuh Di Bawah Paras RM100,000