Kerajaan telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft di bawah inisiatif Bersama Malaysia, yang akan menyaksikan syarikat itu membina wilayah pusat data pertamanya di Malaysia, lapor The Edge Reports.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif ini akan menyaksikan pelaburan berjumlah USD$ 1 bilion (RM4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Selain mampu menjana keuntungan yang lebih besar, pusat data dari gergasi Microsoft ini juga bakal membantu mencipta 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan IT.
Tambah perdana menteri lagi, dia menyambut baik kerjasama awam-swasta yang dibentuk oleh Microsoft dan rakan-rakannya, termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Petronas, Celcom dan Grab. Kerjasama ini diharapkan dapat membantu melatih hingga satu juta rakyat Malaysia menjelang 2023.
Muhyiddin turut berharap bahawa kedatangan Microsoft ini bakal membuka pintu pelaburan yang luas kepada syarikat data yang lain untuk melabur di Malaysia.
Kerjasama ini dilihat sejajar dengan inisiatif MyDigital Malaysia dan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia, yang dilancarkan pada Februari 2021.
Di bawah rangka tindakan itu, kerajaan mengatakan telah memberikan persetujuan bersyarat kepada empat cloud service providers (CSP) – Microsoft, Amazon, Google dan syarikat telekomunikasi tempatan Telekom Malaysia Bhd.
Muhyiddin sebelum ini mengatakan bahawa CSP ini akan melabur antara RM12 bilion hingga RM15 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
The Vocket sebelum ini pernah melaporkan bahawa Microsoft bakal membina pusat datanya yang berpangkalan di Kulai, Johor. Menurut Menter Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, pembinaan pusat pengkala data ini secara tidak langsung dapat merancakkan sektor ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan di negeri ini.
Microsoft label rakyat Indonesia sebagai orang paling tidak sopan di Asia Tenggara, ini sebabnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.
https://www.thevocket.com/microsoft-label-rakyat-indonesia-sebagai-orang-paling-tidak-sopan-di-asia-tenggara-ini-sebabnya/
https://www.thevocket.com/microsoft-sedang-dalam-proses-bina-pusat-data-di-kulai-johor/
https://www.thevocket.com/microsoft-amazon-dan-google-berminat-untuk-membantu-bidang-it-malaysia/