Kerajaan Selangor telah mengumumkan tentang Program Data Internet Selangor yang bakal ditawarkan kepada rakyat Selangor bagi menikmati akses internet secara percuma. Permohonan sudah dibuka kepada lebih 70,000 penerima yang menepati syarat kelayakan tersebut.

Peruntukan sebanyak RM17.5 juta disediakan untuk program ini dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor. Melalui program ini, mereka akan memberikan kad sim dan juga langganan data internet percuma selama setahun.

Home-Pekej-internet-free
Sumber Gambar: MBIselangor

Terdapat tiga pakej langganan percuma yang disediakan iaitu Get Life yang menawarkan data percuma sebanyak 15GB, Celcom juga menawarkan pakej sebanyak 15GB dan juga Unifi Mobile yang menawarkan data sehingga 45GB. Kerajaan Selangor menawarkan langganan data internet secara percuma yang dibiayai sepenuhnya selama setahun.

Di samping itu, kerajaan Selangor telah meneliti sejumlah golongan sasaran yang boleh menikmati insentif ini termasuk pelajar, peniaga kecil, ibu tunggal, petani dan sebagainya dalam usaha menyediakan perkhidmatan internet bagi kegunaan seharian.

vocket-tech-news-selangor-1
Sumber Gambar: MIBselangor

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran melalui laman Data Internet Selangor pada hari ini. Pendaftaran insentif ini akan dibuka sehingga 15 September 2021 nanti dan dijangkakan pemohon bakal menerima kad sim bermula 1 Oktober 2021 kelak.

Sementara itu, syarikat Serba Dinamik juga telah menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi selama enam bulan di kawasan-kawasan terpencil.

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

Kaspersky Menyatakan Pelajar Di Negara-Negara Asia Kurang Selesa Belajar Secara Dalam Talian

Sumber