Pihak kerajaan telah mengumumkan tentang pelancaran sebuah aplikasi Pemetaan Capaian Internet dalam masa terdekat ini. Aplikasi ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengguna dalam pemilihan perkhidmatan internet yang terbaik daripada syarikat telekomunikasi yang sedia ada.

Menerusi aplikasi terbaru ini, ia bakal memudahkan pengguna untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci berkenaan kualiti perkhidmatan capaian internet yang disediakan oleh sesebuah syarikat telekomunikasi. Aplikasi yang akan dilancarkan ini dikenali sebagai Internet Mapping yang dijangka akan tiba dalam sedikit masa lagi.

vocket-tech-news-telco-1
Sumber Gambar: KLIA2

Pembangunan aplikasi ini adalah hasil dapatan daripada mesyuarat berkala yang diadakan bersama syarikat telekomunikasi dalam usaha memperkasakan Pelan Jalinan Digital Negara(JENDELA).

Kerajaan dilihat sangat optimis dengan perancangan untuk memastikan rangkaian internet di Malaysia akan berada di tahap yang baik pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan ketibaan aplikasi ini yang pasti boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

Buat masa ini, anda boleh mengunjungi laman portal JENDELA untuk buat semakan kekuatan liputan telekomunikasi di sekitar kawasan perumahan.

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

SKMM Sahkan Majoriti Pengguna Di Malaysia Menggunakan Pelan Prabayar

Sumber