Liputan rangkaian 4G di Malaysia boleh dikatakan sangat meluas tetapi sehingga ke hari ini masih belum boleh menawarkan akses internet yang baik buat para pengguna lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Perkara ini sekaligus memberi kesan kepada urusan harian yang memerlukan penggunaan internet.

Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menyemak semula perkhidmatan yang ditawarkan serta menaik taraf liputan telekomunikasi supaya dapat dimanfaat pengguna.

Sumber Gambar: My News Hub

Berdasarkan laporan yang diterima telekomunikasi, rangkaian liputan di Malaysia sudah berjaya mencapai 98% namun masih mengalami masalah liputan yang teruk, tidak stabil dan kadang-kala tiada akses rangkaian. KKM menegaskan syarikat telekomunikasi perlu lebih serius akan perkara ini demi kepentingan pengguna serta bersikap adil kepada pengguna.

SKKM turut diminta untuk melakukan audit, semak prestasi perkhidmatan telco kerana undang-undang membolehkan kerajaan mengenakan denda dan kompaun terhadap syarikat yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan. Diharapkan penambah baikan kualiti rangkaian nanti dapat memberikan akses internet lebih baik buat para pengguna.

Sebelum ini juga, kerajaan telah menyasarkan Malaysia bakal muncul tempat kedua di ASEAN untuk perlumbaan 5G.

Annuar Musa Sasar Malaysia Muncul Tempat Kedua Di ASEAN Untuk Perlumbaan 5G

Anggap Sebagai Hak Asasi, Tan Sri Annuar Musa Sedia Beri Fokus Utama Kepada Internet

Sumber