Menjadi satu kewajiban buat umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan Umrah atau Haji apabila sudah tiba masanya. Salah satu sunnah yang biasa diamalkan oleh para jemaah yang berpeluang ke sana adalah mencium Hajarul Aswad.
Untuk melepaskan rindu dan ingin menatap rupa Hajarul Aswad, kita sudah pasti bakal mencari di Google tetapi ia hanya kelihatan berwarna hitam dan tidak jelas. Oleh itu, Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan koleksi gambar terbaharu Hajarul Aswad yang beresolusi tinggi buat tatapan umum.
Untuk makluman, gambar yang diambil tersebut menggunakan teknik terkini pengimejan yang dikenali sebagai stacked panaromic focus. Proses ini memakan masa selama 50 jam dalam menggabungkan gambar untuk bertukar menjadi sekeping gambar yang beresolusi 49,000 megapixel.
Jika diamati dengan teliti pada gambar , kita boleh lihat keadaan permukaan dan warna sebenar batu hajarul aswad di mana warna sebenarnya adalah hitam kemerahan dengan berbentuk bujur dengan diameter 30cm. Malahan, ini juga merupakan kali pertama gambar Hajarul Aswad yang beresolusi tinggi dan terperinci dikongsikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Imej ini sangat bermakna buat umat Islam kerana terdapat sejarah penting di sebalik Hajarul Aswad tersebut. Akhirnya, orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat dan terperinci akan batu tersebut yang mana ia mampu dicapai dengan menggunakan teknologi terkini.
Selain itu, penyelidik Universty Yale berjaya membangunkan lencana pengesan virus COVID-19 di udara dan akan dikomersialkan pada masa kelak.
Penyelidik University Yale Berjaya Bangunkan Lencana Pengesan Virus COVID-19 Di Udara
Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada COVID-19