MySejahtera merupakan aplikasi untuk memantau penularan wabak COVID-19 serta memudahkan pengguna checkin di sesuatu lokasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia. Aplikasi ini telah banyak membantu pengguna dalam aktiviti harian seperti kemampuan mengimbas kod di setiap premis serta membuat temu janji program vaksinasi.

Melalui kemas kini yang terbaru yang disediakan, MySejahtera telah hadir dengan beberapa fungsi baharu termasuk pembelian kit ujian kendiri secara dalam talian dan keputusan ujian kendiri COVID-19.

MySejahtera menawarkan pembelian tiga kit ujian kendiri COVID-19 iaitu Salixium, Gmate dan JusCheck. Syarikat-syarikat yang mahu membeli kit ujian dalam skala yang besar juga telah disediakan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.

vocket-tech-news-mysejahtera-2-side
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

Untuk mendapatkan fungsi terbaru ini, para pengguna diminta mengemas kini aplikasi MySejahtera. Anda seterusnya berpeluang mendapatkan kit ujian tersebut dengan klik pada fungsi Ujian Kendiri COVID-19 dan memilih kit ujian yang dimahukan.

Bagi yang menghadapi masalah mengakses ID MySJ, wanita ini telah berkongsi cara mengubah ID MySejahtera buat pengguna nombor telefon baharu.

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Sumber