Bagi pengguna iPhone yang membaik pulih di kedai pihak ketiga pasti menghadapi masalah yang sama untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu alat gantian. Mereka hanya dimaklumkan oleh si penjual yang ia merupakan tulen walhal masih belum diketahui asal usul alat ganti tersebut sekaligus boleh membebankan pengguna.

Sehubungan dengan isu tersebut, kemas kini 15.2 kelak bakal menyelesaikan isu penggunaan alat ganti palsu yang dipasang pada iPhone yang dibaiki. Pemilik iPhone boleh mengenal pasti keaslian komponen gantian yang digunakan secara langsung menerusi pilihan About pada bahagian tetapan.

Sumber Gambar: Apple

Setiap komponen yang digantikan bakal disenaraikan bersama statusnya yang mana ia bakal memaparkan teks Genuine Apple sekiranya asli, sementara jika dikesan alat gantian yang palsu, pernah digunakan atau tidak berfungsi seperti sepatutnya akan dipaparkan teks Unknown Part berserta ikon tanda seru.

Malah, pengguna juga boleh melihat informasi lanjut tentang tarikh dan masa servis ganti itu dibuat dengan klik pada senarai alat ganti tersebut. Kesemua ini disenaraikan di bawah bahagian Parts and Service History di mana ia hanya muncul sekiranya dikesan sebarang pembaik pulihan dilakukan pada peranti tersebut.

Sumber Gambar: Apple

Walaupun begitu, ciri ini hanya akan berfungsi kepada beberapa model iPhone tertentu dengan perbezaan akses informasi padanya. Bagi model iPhone XR, XS, XS Max dan seterusnya hanya boleh melihat informasi bateri yang ditukar. Sementara model iPhone 11 pula boleh melihat bateri dan paparan yang ditukar padanya.

Buat barisan model iPhone 12 dan iPhone 13 mempunyai kelebihan melihat maklumat keaslian bateri, skrin dan modul kamera yang ditukar. Dengan implementasi ini, ia sangatlah membantu bagi mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan pembaikian daripada pihak ketiga dengan lebih yakin selepas ini.

Baru-baru ini juga, Apple sudah menawarkan komponen original bersama buku panduan kepada pengguna yang mahu membaiki iPhone sendiri.

Apple Sedia Tawarkan Komponen Original Kepada Pengguna Yang Mahu Membaiki iPhone Sendiri

Apple Mula Membaiki iPhone Yang Rosak Meskipun Menggunakan Bateri Pihak Ketiga

Sumber