Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Hampir setahun hadir dengan pelbagai ura-ura, akhirnya hari yang dinantikan peminat teknologi serta Apple telah tiba. Seperti yang dijangka, atur cara khas Apple pada kali ini diadakan sempena pelancaran rasmi siri iPhone 14.

Artikel Berkaitan:

Tahun ini menyaksikan Apple meneruskan trend yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini dengan melancarkan empat model iPhone secara serentak. Berikut merupakan perubahan yang ditawarkan pada siri iPhone 14 pada kali ini.

iPhone 14 dan 14 Plus

iPhone 14

Apple pada tahun ini nampaknya kembali menawarkan model Plus seperti siri iPhone 6, 7, 8 sebelum ini. Dua model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus ini masing-masing hadir dengan saiz skrin 6.1-inci dan 6.7-inci.

Pada tahun ini, Apple menjanjikan skrin yang lebih terang dan jelas menerusi penggunaan paparan OLED dengan teknologi Super Retina XDR.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

iPhone 14

Mengulas mengenai prestasi, Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus nampaknya sekadar menggunakan cip Apple A15 Bionic seperti yang digunakan pada siri iPhone 13. Walau bagaimanapun, Apple melaporkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih lebih pantas berbanding pesaing.

Sebuah ciri menarik yang diperkenalkan pada kali ini adalah ciri panggilan kecemasan secara terus melalui satelit. Ciri ini bakal membantu pengguna membuat panggilan kecemasan khususnya sewaktu berada di kawasan luar talian.

Kamera siri iPhone 14 masih lagi dikekalkan dengan dua kamera pada bahagian belakang dengan sensor 12-megapixel manakala kamera hadapan pula hadir dengan fungsi autofocus. Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sedia ditawarkan dengan beberapa pilihan termasuk Product (RED).

Mengulas mengenai harga, iPhone 14 sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM4,199 bermula 23 September manakala iPhone 14 Plus ditawarkan pada harga RM4,699 bermula 7 Oktober. Kedua-dua model ini sedia untuk pra tempah bermula 16 September ini. Berdasarkan kemas kini yang ditawarkan pada iPhone 14, adakah anda berminat untuk upgrade kepada model terbaru ini?