Jika kita mahu memiliki telefon pada hari ini, sudah pasti kita akan memilih model terbaharu dan lengkap pelbagai teknologi canggih terkini. Namun, bagi seorang tahanan penjara, mereka mungkin cuma mahu telefon tersebut mempunyai dua fungsi sahaja iaitu mampu berhubung ke dunia luar dan ‘muat’ masuk ke dubur mereka.

Telefon mini yang diperbuat daripada plastik ini mempunyai saiz yang sangat kecil iaitu cuma sebesar antara sebuah pod vape Juul dan pemetik api. Oleh sebab diperbuat daripada plastik, telefon ini agak sukar dikesan oleh mesin pengimbas badan (BOSS/body orifice scanners).

Sumber Gambar: Vice
Sumber Gambar: Vice

Menurut seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Carl Cattermole, di dalam buku panduan ‘Prison A Survival Guide’ ada memberitahu bahawa telefon mini itu berada di mana-mana di dalam penjara.

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan telefon mini itu, sama ada — kakitangan penjara membawa masuk, beli daripada banduan lain dengan membantu/memberi mereka sesuatu atau anda menelefon seseorang di luar dan mereka membayar tunai kepada orang lain.

“Selalunya banduan hanya menggunakan telefon ini di dalam sel mereka sahaja, tetapi sampai satu tahap, semua orang menggunakannya di bilik persalinan gim secara terang-terangan sama seperti di dunia luar,” terang Carl.

Tambah Carl lagi, oleh kerana pemeriksaan sering dilakukan semasa banduan mahu masuk ke sel penjara, banduan akan menyorokkan telefon mini itu di dalam dinding.

Sumber Gambar: Kickstarter
Sumber Gambar: Vice

Telefon mini Zanco dibuat oleh Zini mobiles Ltd yang diasaskan pada tahun 2007. Ibu pejabat syarikat itu berada di UK dan mempunyai beberapa buah kilang di China yang mampu menghasilkan lebih 150 model jenis gajet elektronik.

Memetik salah satu kenyataan di laman web rasminya, “Kami menjalankan perniagaan atas dasar kesaksamaan serta manfaat bersama dan kami sentiasa fokus untuk mengembangkan perniagaan di seluruh dunia,” maka tidak mengejutkan jika telefon mini Zanco menjadi pilihan banduan penjara.

Sumber Gambar: Tumblr

Bermula awal tahun 2000, pengeluar peranti dilihat cuba menfokuskan pembuatan telefon bimbit dengan saiz yang sekecil-kecilnya selagi boleh dimuatkan semua perkakasan untuk beroperasi. Seperti Apple sendiri, mereka masih menawarkan iPhone SE yang bersaiz kompak kerana masih mempunyai permintaan yang tinggi.

Akan tetapi, syarikat-syarikat pengeluar peranti di luar sana masih belum menandingi model Zanco Fly yang ditawarkan oleh syarikat Brazil ini. Telefon bimbit yang dinamakan Zanco tiny T1 ini telah dinobatkan sebagai telefon bimbit paling kecil di dunia atau telefon nano yang mana hanya sebesar 0.66-inci serta seringan 13 gram sahaja.

Sumber gambar: Kickstarter

Malah, peranti ini juga dilengkapi dengan rangkaian 2G serta ketahanan bateri selama tiga hari dan boleh berbual dalam tempoh 180 minit. Selain itu, pengguna turut berpeluang menyimpan sebanyak 50 kandungan mesej pada satu-satu masa. Hal ini sekaligus menjadi buruan buat sesetengah pengguna yang mahu mendapatkannya bagi pelbagai tujuan.

Sehingga ke hari ini, syarikat ini sedia menawarkan telefon bersaiz mini tetapi dengan teknologi yang diperbaharui serta menyokong skrin sesentuh seperti telefon pintar terkini. Menariknya, mereka juga masih mampu memuatkan kamera depan dan swafoto serta sokongan rangkaian 4G LTE.

Sumber Gambar: Facebook

Maka, tidak hairanlah sekiranya telefon kecil keluaran syarikat ini boleh dilihat penawarannya secara meluas merentasi pelbagai platform e-dagang di luar sana kerana masih terdapat permintaan dari peminat tersendiri. Peranti ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai telefon kecemasan jika berlaku suatu kecemasan kelak.

Sementara itu ramai orang menjadi mangsa penyalahgunaan Apple AirTag oleh pihak tidak dikenali sehingga boleh menggugat keselamatan.

AirTag Dilaporkan Telah Disalah Guna Oleh Penjenayah Untuk Ekori Mangsa

Menggunakan Iklan Google, ‘Scammer’ Ini Berjaya Mencuri RM2.07 Juta Kriptowang Pengguna

Sumber