Apple baru sahaja memperkenalkan beberapa barisan produk kemas kini yang serba canggih. Untuk melengkapkan lagi penawaran produk pada kali ini, Apple telah menyertakan sebuah kabel Thunderbolt 4 Pro.

Kabel ini boleh dipadankan pada Mac Studio  yang mana mempunyai port USB-C Thunderbolt 4 yang boleh menyokong pemindahan data mencecah puluhan GB dalam sesaat sahaja. Hal ini sudah pasti menjadi dambaan buat para profesional yang sering mengendalikan fail-fail bersaiz besar di dalam kerja seharian.

Sumber Gambar: Apple Malaysia

Kabel Thunderbolt 4 Pro ini hadir dengan rekaan bersirat berwarna hitam dengan dua pilihan kepanjangan sama ada 1.8 meter atau 3 meter yang membolehkan pemindahan data sehingga 40Gb/saat. Menariknya, kabel ini juga boleh dihubungkan pada Mac ke paparan seperti Studio Display.

Bercakap mengenai harga pula, kabel sepanjang 1.8 meter dijual dengan harga RM649, manakala kabel sepanjang 3 meter pada harga RM799. Buat para profesional, ini mungkin solusi yang dicari-cari selama ini untuk memudahkan urusan kerja serta boleh dipadankan pada peranti Apple dengan mudah.

Antara produk Apple yang menjadi perhatian ramai adalah iPad Air 2022 yang menggunakan cip Apple M1 yang berada di MacBook mereka.

iPad Air 2022 Dilancarkan Bersama Cip Apple M1 Dengan Harga Mencecah RM3,999

iPhone SE 2022 Diperkenalkan Dengan Cip Apple A15 Bionic Pada Harga Rm2,099

Sumber